Korban Dibenarkan di Selangor. Ikuti Garis Panduan Bagi Pelaksaan Ibadah Korban Di Selangor

Ibadah Korban Dibenarkan Lakukan Di Selangor

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membenarkan aktiviti Ibadah Korban dilakukan di Selangor tetapi mestilah mengikut SOP dan garis panduan yang ditetapkan bagi masjid-masjid negeri Selangor sepanjang tempoh PKPP berlangsung.

Tahun 1441H/2020M ini, Hari Raya Aidil Adha jatuh pada 31 Julai 2020 bersamaan pada hari Jumaat. Mungkin tiada ibadah Haji bagi rakyat Malaysia tahun ini, tetapi ada berita baik, dimana, Selangor membenarkan Ibadah Korban di adakan. Jadi hari raya masih bermakna kali ini.

Pelaksanaa Ibadah Korban Dibenarkan Di Selangor

Untuk melayakkan ibadah Korban di adakan, anda perlu mematuhi dan mengikut Garis Panduan Pelaksnaan Ibadah Korban yang disediakan oleh pihak JAIS yang merangkumi kawalan teras, kawalan lokal dan kawalan pelaksanaan.

Ibadah Korban Dibenarkan Lakukan Di Selangor

A.   Kawalan Teras

Mendapatkan kebenaran bertulis dan kemukakan Kertas Cadangan Pematuhan Pelaksanaan Ibadah Korban dan pematuhan garis panduan kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

  • Senarai petugas yang lengkap dengan no tel dan umur
  • Tarikh pelaksanaan
  • Anggaran jumlah dan jenis
  • Cadangan lokasi dan tempat penyembelihan
  • Cadangan susun atur khemah dan meja
  • Kaedah pengedaran dan pengagihan daging korban
  • Aktiviti memasak daging haiwan korban
  • Langkah-langkah keselamatan di kawasan penyembelihan

Dapatkan surat kelulusan dari PAID bagi urusan dengan pembekal untuk mendapatkan bekalan haiwan korban. Pembekal atau pemohon hendaklah merujuk ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah untuk mendapatkan :

  • Sijil Kesihatan Veterinar
  • Akuan Pemindahan Ternakan
  • Permit Penyembelihan Luar

1. Ibadah korban boleh dilaksanakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri), Masjid Daerah, Masjid Diraja, Masjid Naik Taraf, Masjid Institusi dan masjid-masjid kariah yang terletak di dalam mukim yang dikategorikan dalam zon hijau.

2. Pelaksanaan ibadah korban oleh mana-mana surau, bukan warganegara, Badan Berkanun, Agensi Swasta, Institusi dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) adalah tidak dibenarkan.

3. Orang ramai termasuk jemaah surau di kalangan warganegara digalakkan melakukan ibadah korban di kawasan masjid-masjid yang dibenarkan.

Syarat Kelayakan Petugas

  1. Warganegara berumur 21 - 60 tahun
  2. Bukan warganegara tidak dibenarkan
  3. Tidak bergejala dan berpenyakit kronik
  4. Tidak bertongkat dan berkerusi roda
  5. Suhu badan tidak melebihi 37.4 °C
  6. Tidak dalam tempoh kuarantin

Tanggungjawab Peserta

  • Tidak digalakkan membuat akikah
  • Sahkan penyertaan, akad/ wakalah pembelian haiwan korban dan penyembelihan dibuat semasa pembayaran secara atas talian
  • Tidak dibenarkan berada di kawasan pelaksanaan korbang melainkan sebagai petugas

B.   Kawalan Lokal

Penetapan akses keluar masuk untuk petugas ke kawasan pelaksanaan ibadah korbang. Selain itu, menetapkan had sempadan bagi mengelakkan masyarakat awam dari memasuki Kawasan ibadah korban.

Petugas hendaklan melepasi semakan dari Pusat Kesihatan Daerah. Akhir sekali, petugas hendaklah mendaftar kehadiran, memakai face mask, apron, sarung tangan dan sanitizer serta dilaran masuk ke dewan solat utama.

C.   Kawalan Pelaksanaan

Sebelum adakan aktiviti korban, pastikan buat perkara ini terlebih dahulu:

  • Taklimat khas kepada nazir-nazir masjid
  • Melantik sukarelawan atau badan uniform untuk membantu mengawal kehadiran
  • Promosi, pendaftaran dan akad ibadah korban dibuat atas talian (online)
  • Pemlihan haiwan korban di pusat ternakan dibuat tidak melebihi 3 orang dan penghantaran haiwan korban antara jam 8.30 pagi - 12.00 malam
  • Had bilangan petugas bagi haiwan korban tidak melebihi 40 orang bagi 10 ekor sehari
  • Had bilangan petugas bagi seekor kambing tidak melebihi 2 orang dan tidak boleh melebihi 10 ekor sehari

Tempat Penyembelihan Korban

Boleh dilakukan di masji, surau, musolla serta tempat-tempat persendirian lain setelah mendapat kebenaran dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau rumah sembelih Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Selain itu, boleh dibuat di Rumah Sembeli Swasta yang berdaftar dengan Jabaran Perkhidmatan Veterinar.

Lokasi Upacara Korban

  • Upacara korban hanya boleh dilakukan dikawasan masjid atau
  • Mana-mana kawasan yang ditentukan oleh pihak masjid
  • Pastikan antara jarak antara haiwan dan proses dari 15 - 30 kaki

Garis Panduan ini akan menjadi rujukan utama Pegawai dan Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Surau dan pihak-pihak dalam pelaksanaan ibadah korbang di Negeri Selangor tahun 1441H/2020M.


Rujukan : facebook Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Post a Comment

Previous Post Next Post