Ganjaran Dinaikkan Daripada RM3K kepada RM10K Bagi Yang Mengesahkan Aksi Bakar Anak Kucing

Ganjaran Dinaikkan Daripada 3K kepada 10K Bagi Yang Mengesahkan Aksi Bakar Anak Kucing

Persatuan Haiwan Malaysia mengumumkan mereka telah naikkan ganjaran daripada RM3000 kepada RM10,000 bagi mereka yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing yang telah berlaku beberapa hari yang lepas.

Siapakah sangguh melakukan perkara sekejam itu terhadap seekor anak kucing? Siapa yang sanggup membakar hidup-hidup seekor kucing di sebuah lokasi yang kini masih tiada pengesahan lagi daripada pihak berkuasa atau orang ramai.

Beberapa hari yang lepas, telah tular sebuah video yang menunjukkan individu yang tidak kelihatan wajahnya apabila mencurahkan minyak petrol dan membakar hidup-hidup seekor anak kucing. Video tersebut telah dikongsikan semula di facebook Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association.

Amaran kepada mereka yang tidak sanggup untuk menonton video tersebut. alert-warning

Tawaran Sehingga RM10000 Kepada Mereka Yang Mengesahkan Perkara Tersebut

Dengan perlakuan ini, Persatuan Haiwan Malaysia tampil kehadapan bagi mengetahui dan mencari pengesahan siapakah pelakunya. 

Hari ini, 19 Julai 2020, Animal Malaysia menaikkan tawaran ganjaran daripada RM3000 kepada RM10,000 untuk mana-mana individu atau kumpulan yang boleh mengesahkan aksi bakar anak kucing dengan mencurah minyak lalu mencucuh api menggunakan pemetik api.

Setakat ini, Animal Malaysia hanya dapat maklumat yang belum lengkap dengan mengatakan kejadian kejam tersebut berlaku di Pahang namun tiada butiran lanjut bagi tujuan siasatan lanjutan.

Dengan nada marah, Persatuan Haiwan Malaysia merayu orang ramai supaya tampil untuk bekalkan maklumat lengkap dengan laporan polis sehingga pelaku tersebut berjaya ditangkap, didakwa di mahkamah dan akhirnya dijatuhkan hukuman yang berat atau perilaku kejam terhadap haiwan sekiranya kejadian tersebut berlaku di negara ini.

Jika anda ada maklumat, anda boleh segera ke talian Whatsapp hotline di 01120901097

Admin pun berharap pelaku segera dihadapkan kemuka pengadilan jika berlaku di Malaysia dan dijatuhkan hukuman berat. Kejam betul!

Post a Comment

Previous Post Next Post