Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage

Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh tukarkan friends anda di akaun peribadi facebook kepada likers di fanpage. Jika ramai friends, maka akan ramai la likers anda.

Jumlah likers antara komponen penting bagi sesuai fanpage facebook. Ini sedikit sebanyak menunjukkan page anda tersebut mempunyai pengikut yang ramai dan mungkin engagement yang baik daripada semua pengikut tersebut.

Ini sangat penting untuk golongan peniaga online shop. Mereka lebih gemar jika like lebih banyak yang sekali gus mampu melancarkan perniagaan mereka yang dibuat secara online tersebut. Ini pula memang facebook suka la. Orang ramai menggunakan page untuk berniaga instead of akaun peribadi.

Anda mungkin mempunyai friends yang ramai di akaun peribadi dan ingin berniaga di sana. Tetapi anda harus ingat, disana ianya terbatas untuk 5000 friends sahaja berbanding dengan page facebook yang tiada batasan dari segi pengikut atau likers.

Tapi di page juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk anda dapatkan likers yang ramai. Jangan risau, facebook ada sediakan cara yang paling mudah dan pastinya dibenarkan. Dengan cara ini anda boleh dapat likers sekelip mata sebanyak 5000 iaitu dengan cara migrate daripada akaun peribadi kepada fanpage facebook.

Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage

Ini bermakna, segala kawan anda di akaun peribadi boleh ditukarkan kepada likers page dengan cara migrate. Untuk itu adalah lebih bagus jika akaun peribadi anda sudah mencapai friends sebanyak 5000. Jika ianya ditukar, kesemua friends tersebut akan jadi likers page anda. Pertukaran atau migration ini hanya dibenarkan sekali sahaja. Jadi kalau friends tak penuh 5000, rugi la sikit kan.

Jadi jika anda berminat, anda boleh lihat langkah mudah ini iaitu cara tukar akaun friends akaun peribadi kepada fanpage facebook yang baru.


Langkah-Langkah

1.  Login akaun facebook anda terlebih dahulu

2.  Kemudian pergi ke pautan ini www.facebook.com/pages/create/migrate dan klik butang Get Started

Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage

3.  Anda perlu lengkah 4 ciri untuk melayakkan anda tukar akaun peribadi anda tersebut
  • Page Category - anda perlu masukkan 3 kategori page anda yang akan dihasilkan nanti
Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage
  • Friends and Followers - anda boleh pilih semua friends anda untuk jadi likers atau pilih sebahagian sahaja. Pilih semua adalah lebih baik
Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage
  • Videos and Photos - disini anda dibenarkan untuk bawa semua gambar dan video ke page facebook. Jika taknak, anda jangan klik apa-apa gambar pun.
Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage
  • Review - akhir sekali anda boleh review dahulu segala apa yang anda pilih tadi sebelum teruskan langkah seterusnya.
Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage
4.  Jika sudah puas hati, anda boleh klik Create Page.

5.  Akhirnya, sebuah page telah siap dengan nama akaun peribadi anda dijadikan nama page anda yang baru. Anda boleh tukar nama di bahagian Other.

6.  Ianya akan mengambil masa beberapa minit untuk kesemua data dipindahkan daripada akaun peribadi kepada fanpage. Jika sudah selesai, anda boleh terus Publish page tersebut dan akan dilihat oleh likers dan followers anda. Jika tidak, tempoh 14 hari diberikan sebelum ianya akan publish secara automatik kelak.

Apa jadi pada akaun peribadi kita?

Jangan risau, akaun peribadi kita masih berada dalam keadaan yang sama sahaja tanpa ada perubahan. Kini anda sudah ada akaun peribadi yang mempunyai 5000 friends dan juga fanpage yang mempunyai 5000 likers yang sama.

Migrate : Cara Tukar Akaun Peribadi Facebook Menjadi Fanpage

Tugas anda selepas ini adalah naikkan lebih ramai likers dari semasa ke semasa seterusnya tingkatkan engagement post anda di fanpage. Jangan lupa like facebook kami Zon Hello Malaysia.

Harap ianya membantu!!!

Post a Comment

Previous Post Next Post