Dalam artikel ini, akan dikongsikan bagaimana anda boleh semak baki akaun Maybank. Di zaman serba canggih ini, kita boleh mengetahui pelbagai cara dengan hanya dihujung jari sahaja. Anda tidak perlu bersusah payah untuk dapatkan maklumat. Begitu juga maklumat berkaitan baki akaun Maybank anda.
Dengan adanya perbankan Internet sekarang, semuanya boleh di semak dan diketahui dengan hanya melalui telefon pintar anda sahaja. Jika ada sambungan Internet, semua maklumat anda boleh dapatkan. Jadi disini, anda boleh cek atau semak baki akaun Maybank melalui mesin ATM dan juga secara online sahaja.
Jika sebelum ini, anda perlu pergi ke mesin ATM untuk semak baki akaun Maybank. Kini anda boleh membuat semakan secara online sahaja. Tetapi jika anda ingin membuat cash deposit, mengeluarkan wang, seharusnya anda perlu ke mesin ATM kerana perkhidmatan ini tidak lagi disediakan secara online di internet. Melainkan perkhidmatan pindah wang yang disediakan secara online.
Sebelum anda boleh semak melalui online, anda perlu daftar terlebih dahulu akaun Maybank2u iaitu perkhidmatan Maybank secara online. Caranya sangat mudah dan pasti ianya percuma.
Cara Daftar Akaun Maybank2u
Terdapat beberapa langkah untuk anda daftar perbankan online Maybank2u. Anda juga perlu pergi ke mesin ATM terdekat untuk proses pendaftaran. Jangan risau, ianya sangat mudah.
Proses Pertama Di Mesin ATM
Berikut merupakan cara proses pertama iaitu menerusi mesin ATM :
- Pergi ke mesin ATM Maybank yang berhampiran dengan anda
- Masukkan kad Maybank dan Pilih menu Maybank2U
- Pilih menu untuk daftar TAC
- Masukkan nombor telefon bimbit anda dan pilih YES
- Seterusnya masukan PIN laluan untuk Maybank2u
Selesai proses pertama
Proses Kedua Pendaftaran Maybank2u Di Internet
Kemudian boleh teruskan untuk pendaftaran akaun Maybank2u secara online :
- Buka laman web rasmi Maybank https://www.maybank2u.com.my
- Klik Register Now, lihat kanan atas
- Masukkan nombor Kad Debit Maybank anda
- Masukkan PIN (6 digit) yang anda daftarkan tadi di mesin ATM dan klik next
- Masukkan username dan password, confirm password, email dan TAC, klik next
- Masukkan security questions untuk keselamatan
Selesai. Kini anda boleh menggunakan perkhidmatan perbankan Internet Maybank2u
Semak Baki Akaun Maybank Secara Online
Dah ada akaun Maybank2u, baru boleh semak baki akaun secara online. Anda mempunyai 2 pilihan untuk semak secara online iaitu melalui laman web dan juga melalui aplikasi Maybank2u.
1) Melalui Laman Web
- Buka laman https://www.maybank2u.com.my
- Masukan username dan password
- Untuk melihat baki maybank Anda, silakan klik menu Akaun dan Transaksi
Selesai. Disini anda akan lihat baki akaun anda
2) Melalui Aplikasi MAE
- Download aplikasi Maybank MY di Google Play Store / App Store
- Install di telefon bimbit Anda
- Buka aplikasi Maybank MY di telefon bimbit anda
- Masukan username dan password yang telah didaftarkan
- Pilih menu account balance
- Maklumat baki akan terpapar di skrin sama seperti di laman web
Jadi inilah cara bagaimana anda boleh semak baki akaun Maybank anda sama ada melalui mesin ATM dan juga secara online. Sudah pastinya, semakan secara online lebih mudah tanpa anda perlu keluar berbanding menggunakan mesin ATM.
Sumber : notaria.my