Mantul! Sony Secara Rasmi Memperkenalkan PlayStation 5

Sony Secara Rasmi Memperkenalkan PlayStation 5

Akhirnya, selepas tertanya-tanya, hari ini Sony secara rasmi telah memperkenalkan PlayStation 5 yang terbaru kepada umum di dalam melalui acara khas di platform Twitch TV: PS5 - The Future Of Gaming Show

Pada acara khas tersebut, telah dikongsikan reka bentuk Sony PlayStation 5 yang turut diperkenalkan dengan 2 versi iaitu PlayStation 5 dan PlayStation 5 Digital Edition. Dari sudut luaran, tidak banyak perbezaan yang ketara antara keduanya.

Sony Play Station 5 Secara Rasmi Diperkenalkan

Sony Secara Rasmi Memperkenalkan PlayStation 5

Perbezaan ketara ada pada 2 versi tersebut adalah, pada PlayStation 5, ianya disertakan dengam pemacu cakera Ultra HD Blu-Ray manakala bagi versi PlayStation 5 Digital Edition pula hadir tanpa pemacu cakera.

Dari segi reka bentuk, ianya dipertontonkan dalam keadaan menegak sama seperti Play Station sebelum-sebelum ini beserta port USB yang berada di bahagian depan bersama dengan lampu LED berwarna biru.



Selain itu, Sony juga mempertontonkan kepada orang ramai, aksesori yang disediakan bersama permainan konsol ini seperti Wireless Controller DualSense bersama charging station bagi tujuan pengecasan. Selain itu turut diperkenalkan HD Camera, Headset dan Media Remote bagi menggunakan ianya sebagai kawalan tujuan penstriman.
Sony Secara Rasmi Memperkenalkan PlayStation 5
Tetapi, pada acara tersebut, Sony tidak lagi mendedahkan tanda harga bagi PlayStation 5 ini kepada umum. Mungkin tidak lama lagi, ianya akan didedahkan.

Dalam acara itu juga, turut ditontonkan dengan beberapa permainan video yang boleh dimaikan bersama Play Station 5 ini antaranya,  Marvel’s Spider-Man Miles Morales, Demon's Souls, esident Evil Village, GTA5, Gran Turismo 7, NBA 2K21, Stray dan banyak lagi la.

Sony Secara Rasmi Memperkenalkan PlayStation 5

Kalau anda merasa nak guna Play Station, sekarang ni mereka ada buat promosi Days of Play. Anda boleh dapatkan Play Station 4 serendah RM1099 dan RM1399


Amacam guys! onz ke tak onz PS5 baru ni? Katanya bentuk router. Ye ke? Beli je la nanti. Router pun router la kan.

Post a Comment

Previous Post Next Post