Promosi Potong Rambut RM1 Untuk Frontliners Daripada Hust BarberShop

Promosi Potong RM1 Untuk Frontliners daripada hust babershop

Demi memberi penghargaan kepada frontliners atau petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berkhidmat bagi mengekang jangkitan pandemik COVID-19, Hust Babershop tampil memberi promosi potong rambut RM1.

Sektor industri potong rambut sudah dibenarkan beroperasi setibanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibenarkan yang berlansung daripada 10 Jun hingga 31 Ogos ini. Kali ini mereka dibenarkan beroperasi tetapi dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Promosi Potong RM1 Untuk Frontliners

Promosi Potong RM1 Untuk Frontliners daripada hust babershop

Hust Babershop merupakan kedai gunting rambut yang beroperasi di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur. Telah beroperasi semula dan menerima pelanggan kembali disamping SOP yang ditekankan setiap masa seperti pemakaian face mask, apron pakai buang dan sebagainya.

Selain daripada itu, demi penghargaan kepada frontliner yang bekerja siang malam sepanjang PKP, Hust Babershop menawarkan servis potong rambut dengan bayaran RM1 sahaja. Frontliners tersebut termasuk, Doktor, Jururawat Lelaki, Polis, Tentera dan Rider yang berdaftar.

Tawaran ini dibuka bermula 20 Jun hingga 30 Jun 2020. Para frontliners perlu membuat tempahan terlebih dahulu di hust.my/promosi-frontliners bagi memudahkan urusan. Mereka hanya menerima 10 orang sahaja 1 hari selain daripada pelanggan biasa.

Yang penting nanti, bawa kad tugas dan aplikasi yang digunakan bagi melayakkan mereka menerima tawaran ini.

"Memang niat saya mahu bersedekah dengan cara ini sebagai tanda kesyukuran kerana dapat beroperasi semula selain menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan.Dengan hasil kerja keras dan penat lelah mereka itulah kami kini dapat membuka semula kedai (gunting rambut) ini selepas tiga bulan tutup,"

Seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, Hust Babershop ingin memberi penghargaan kepada frontliners kerana kerja keras mereka melawan COVID-19 sehingga mereka mampu untuk beroperasi semula.

Tahniah Hust Babershop, kerana membuat inisiatif sendiri demi member penghargaan kepada petugas barisan hadapan kita. Hellokerja doakan, Hust BaberShop terus maju selepas ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post