Cara Buat Janji Temu Sebelum Melakukan Urusan Di Pejabat Imigresen UTC

perlu buat janji temu untuk renew passport 2020

Kerajaan sudah mengumumkan sebelum ini, pejabat Imigresen UTC akan dibuka semula bermula 15 Jun 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan bermula 10 Jun yang lalu.

Dalam pengumuman itu, YAB Perdana Menteri mengumumkan banyak sektor industri boleh dibuka semula selepas hampir 3 bulan henti operasi disebabkan PKP dan juga pandemik COVID-19 yang telah menyerang Malaysia.

Oleh itu, Pusat Transformasi Bandar (UTC) antara premis yang menempatkan pejabat Kerajaan bagi urusan harian juga dibenarkan beroperasi. Tetapi ianya masih tertakluk dengan SOP yang disediakan oleh pihak Kerajaan.

Perlu Buat Janji Temu Untuk Urusan Di Pejabat Imigresen UTC

Menurut pengumuman dan kenyataan daripada pihak Imigresen sendiri, waktu operasi UTC di seluruh Semenanjung Malaysia adalah bermula 8 pagi hingga 9 malam bagi waktu bekerja dan 8 pagi hingga  5 petang pada hujung minggu.

Manakala bagi waktu operasi UTC di Sabah, Sarawak dan Labuan adalah bermula 8 pagi hingga 5 petang pada waktu bekerja dan hujung minggu.

Tetapi kali ini sedikit berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Ini kerana bermula 15 Jun 2020, anda perlu buat appointment atau janji temu terlebih dahulu bagi melakukan apa-apa urusan di Pejabat Imigresen di mana-mana UTC seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

Antara urusan yang disediakan adalah seperti berikut:
  1. Permohonan baru pasport
  2. Permohonan dokumen perjalanan terhad
  3. Laporan kes kehilangan dan kerosakan pasport
  4. Pembaharuan pasport

Terma Dan Syarat Janji Temu

Antara syarat janji temu yang ditetapkan oleh pihak Imigresen adalah seperti berikut:
  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
  • Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat - lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan
  • Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
  • Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
  • Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
  • Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
  • Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
  • Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
  • URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.

Cara Buat Janji Temu Bagi Urusan Pejabat Imigresen UTC

1.   Anda boleh buat janji temu di pautan sto.imi.gov.my/e-temujanji kemudian tekan Proceed.

2.   Kemudian anda perlu masukkan email yang sah dan klik Proceed.

Cara Buat Janji Temu Sebelum Melakukan Urusan Di Pejabat Imigresen UTC

3.   Seterusnya anda anda perlu isi kesemua maklumat yang diminta dengan betul beserta urusan, tarikh temu janji dan slot temu janji. Jika siap, klik Hantar

Cara Buat Janji Temu Sebelum Melakukan Urusan Di Pejabat Imigresen UTC

Jadi anda boleh datang ke UTC yang didaftarkan seperti tarikh yang dimohon.
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended