Legoland Malaysia Beroperasi Semula Dengan Tawaran Tiket Beli 1 Percuma 1

Legoland Malaysia Beroperasi Semula Dengan Tawaran Tiket Beli 1 Percuma 1

Legoland Malaysia mengumumkan dimana, mereka akan kembali dan mula beroperasi semula seperti biasa bermula 25 Jun 2020 (Khamis) dengan tawaran yang istimewa iaitu beli 1 tiket, percuma 1 tiket.

Legoland Malaysia yang bertapak di Johor sebelum ini terpaksa ditutup disebabkan pandemik COVID-19 dan juga PKP yang berlangsung bermula 18 Mac yang lepas.

Kini dalam tempoh PKPP, akhirnya Legoland Malaysia dibenarkan beroperasi semula dan menjadi Taman Tema yang pertama yang dibuka semula kepada orang ramai.

Jadi dengan pembukaan semula ini, mereka telah tawarkan harga tiket masuk yang terbaik bagi semua orang bagi menggalakkan mereka untuk datang dan nikmati Taman Tema Legoland pertama di Asia Tenggara ini.

Legoland Malaysia Tawarkan Promosi Tiket Masuk

Legoland Malaysia Beroperasi Semula Dengan Tawaran Tiket Beli 1 Percuma 1

Beli 1 Percuma 1

Untuk menggalakkan lebih ramai orang datang ke Legoland Malaysia, mereka akan tawarkan beli 1 percuma 1. Jadi dengan setiap pembelian 1 tiket, anda akan dihadiahkan 1 tiket percuma (yang seakan potongan 50%). Mereka akan bermula operasi pada 25 Jun 2020 (Khamis) ini bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Tawaran tiket adalah bermula RM145 (Theme Park), RM200 (Theme Park + Sea Life) dan RM259 (Theme Park + Water Park + Sea Life) untuk sehari. Pilih tarikh untuk anda datang dan buat pembelian tiket disini:


Tetapi Waterpark dan Sea Life masih ditutup sehingga kini seperti yang diumumkan oleh Kerajaan dengan tidak membenarkan aktiviti air dibuka, jadi anda lebih baik dapatkan harga tiket RM149 itu sahaja. 

Promosi Pas Tahunan

Untuk pas tahunan pula, Legoland Malaysia tawarkan jika beli 5 tiket, anda akan dapat penginapan 1 malam di Legoland Hotel. Boleh dapatkan Pas Tahunan di sini

Hotel Super Deals

Tak cukup dengan itu, Legoland Hotel pun ada tawaran jika anda tempah di sini. Anda boleh dapatkan harga untuk 1 malam serendah RM450 beserta sarapan pagi. 

Ada lagi, jika anda tempah 1 malam, anda akan diberi 1 malam lagi secara percuma untuk Theme Room dan Premium Theme Room

Themed Room: Hanya RM550+* for 2 nights (Regular price: RM 1,100+*)
Premium Themed Room: Hanya RM700+* for 2 nights (Regular Price: RM 1,400+*)

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan promosi-promosi yang disediakan dan ditawarkan di Legoland Malaysia boleh layari legoland.com.my/book-visit/great-savings

Perlu Patuhi SOP Yang Ditetapkan

Bagi mengelakkan beratur dan pengumpulan yang ramai, dapatkan tiket secara online sahaja yang disediakan di laman web Legoland Malaysia (www.legoland.com.my). Semak suhu badan, penjarakkan sosial, dan disediakan banyak kaunter untuk mencuci tangan supaya tangan sentiasa bersih ketika berada di dalam taman tema tersebut.

Legoland Malaysia Beroperasi Semula Dengan Tawaran Tiket Beli 1 Percuma 1

Untuk maklumat lanjut berkaitan safety measure, boleh pergi ke pautan ini legoland.com.my/planning-your-visit/safety-measure/

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended