Lihat Bagaimana Penjarakkan Sosial Antara Penunggang Motosikal Berlaku Di Indonesia

Penjarakkan Sosial Antara Penunggang Motosikal Berlaku Di Indonesia

Antara nasihat WHO bagi mengekang penularan COVID-19 adalah penjarakkan sosial atau Social Distancing. Dimana, orang ramai mesti berada sekurang-kurangnya 1 meter jarak antara satu sama lain bagi tujuan memutuskan rantaian virus tersebut.

Penjarakkan sosial biasanya kita dapat lihat bila berlaku antara manusia. Seperti contoh, berlaku ketika melakukan solat di dalam masjid, ketika makan di restoren, kita bercakap antara satu sama lain.

Tapi tahukah anda, sebuah daerah di Indonesia telah melakukan penjarakkan sosial di atas jalanraya bagi pengguna motosikal. Kita juga tahu, Indonesia antara negara yang menggunakan motosikal dengan kapasiti yang tinggi. Kalau tengok di lampu isyarat, pastinya penuh motor yang berhenti di bahagian depan. Jadi ketika inilah, sudah pastinya tiada penjarakkan sosial berlaku.

Penjarakkan Sosial Di Tuban, Jawa Timur

Penjarakkan Sosial Antara Penunggang Motosikal Berlaku Di Indonesia

Disebabkan itulah, penguatkuasa di daerah Tuban, Jawa Timur, Indonesia telah mengeluarkan inisiatif sendiri bagi melakukan penjarakkan sosial antara motor bagi pengguna jalan raya di lampu isyarat.

Di sana, mereka meletakkan tanda supaya setiap motor akan berhenti atas tanda tersebut. Tanda atau garisan tersebut akan menjarakkan antara penunggang motosikal yang lain. Sekali gus, disitu akan berlaku penjarakkan sosial yang merupakan salah satu usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Yang paling menarik, ada pengguna Twitter telah menyunting video tersebut menjadi seakan litar lumba Moto GP. Ini kerana tanda atau garisan yang dibuat seakan berada di litar lumba.



Sehingga kini, di Indonesia, COVID-19 telah mencatatkan 32,033 kes positif dan menyebabkan 1883 kematian. Angka ini diterbitkan melalui laman outbreak.my

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended