Sebagai Penghargaan Kepada Frontliners, Giant Hadiahkan Coklat Cadbury


Kepada frontliners yang melawan COVID-19, anda boleh dapatkan coklat Cadbury yang dihadiahkan oleh Giant Malaysia. Ianya sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumur bagi merawat pesakit virus tersebut.

Hari ini, pusat membeli belah, Giant dengan kerjasama Cadbury akan menghadiahkan sebuah coklat Cadbury kepada frontliners dalam kempen #SaluteTheGoodness. Frontliners merupakan mereka yang berada di barisan hadapan bagi merawat pesakit dan juga melawan COVID-19 yang sedang melanda negara kita ini.

Cadbury Percuma Untuk Frontliners

Sebagai tanda penghargaan itu, kepada pegawai perubatan atau kesihatan hospital, kakitangan penghantaran, pegawai polis, pengawal keselamatan dan tentera boleh datang dimana-mana Giant sekitar Lembah Klang bermula 8 Jun dan keatas untuk dapatkan Cadbury Dairy Milk secara percuma.



Caranya, anda perlu pergi ke pusat servis pelanggan di pusat Giant tersebut dah tunjuk sahaja kad pekerjaan kepada mereka dan mereka akan memberi coklat tersebut kepada anda. Datang cepat, sementara stok masih ada.

Post a Comment

Previous Post Next Post