Dengan Derma RM21, Anda Boleh Dapatkan Lebih 700 Permainan PC


Bersempena dengan protes yang tengah berlaku sekarang di Amerika Syarikat sekarang, platform permainan video Itch.io ada membuat tawaran lebih 700 permainan PC kepada mereka yang menderma RM21 melalui platform mereka.

Tawaran ini bertujuan bagi mengumpul dana sehingga $5 juta yang kini sudah pun menerima lebih $2.8 juta sehingga kini daripada penderma-penderma seluruh dunia. Anda boleh menderma di Bundle for Racial Justice and Equality.

Paling menarik, anda boleh menderma sekurang-kurangnya $5 (~RM21) dan anda akan diberi hadiah iaitu 745 permainan PC secara percuma. Jika anda dapatkan kesemua permainan PC ini secara berasingan, ianya berharga $5,294 dan dengan tawaran ini, anda hanya perlu derma 5 dollar untuk dapatkan potongan sehingga 99% diskaun.



Antara permainan PC yang diberi adalah:
  • Overland
  • Night in the Woods
  • Kenney Game Assets 1
  • Gladiabots
  • MewnBase
  • BEACON
  • Long Gone Days

Tawaran ini dibuka selama 7 hari sahaja. Segala derma yang diberi ini akan disalurkan kepada NAACP Legal Defense dan Educational Fund and Community Bail Fund. Sambil menderma, anda juga boleh dapat sesuatu daripadanya. Anda akan diberi direct download seperti yang diberitahu oleh pihak itch.io dan bukannya melalui Steam.

Post a Comment

Previous Post Next Post