Siapa Sangka, New Zealand Kini Bebas Daripada COVID-19

New Zealand Kini Bebas Daripada COVID-19

Pernah tak terfikir, sebuah virus iaitu COVID-19 yang kini menyerang hampir seluruh dunia akan hilang tanpa vaksin? Ini lah terjadi di New Zealand, di mana kini kepulauan tersebut bebas COVID-19 pada bulan Jun 2020.

Sehingga kini, dilaporkan lebih 7 juta orang telah disahkan positif dengan melibatkan lebih 400 ribu kematian. Manakala lebih 3 juta kini sedang dirawat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Tetapi rawatan itu kini, sudah tiada di New Zealand.

New Zealand Buktikan COVID-19 Boleh Diberhentikan

New Zealand Kini Bebas Daripada COVID-19

Pada 8 Jun yang lepas, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern telah mengumumkan dimana kepulauan New Zealand kini bebas daripada coronavirus. Sehingga tarikh tersebut, tiada kes baharu yang dilaporkan iaitu kira-kira selepas 17 hari.

Bukan itu sahaja, beliau menambah sejak Februari selepas kes pertama dilaporkan di negara tersebut, kini sudah tiada kes aktif atau pesakit yang sedang dirawat di hospital bagi yang mengalami jangkitan COVID-19 ini.

Sejurus dengan pengumuman itu, kini di New Zealand mereka telah menarik kembali segala SOP yang disarankan sebelum ini seperti penjarakkan sosial. Jadi selepas ini, pertandingan sukan boleh diadakan seperti biasa. Orang ramai boleh berkumpul ramai-ramai di stadium bagi menonton perlawanan kesukaan mereka seperti sukan Rugbi yang begitu terkenal di New Zealand dengan sebuah pasukan negara digelar All Blacks.

Bukan itu sahaja, segala restoren, tempat makan boleh beroperasi seperti biasa dan tidak perlukan SOP seperti had pelanggan dalam satu-satu masa.

Bagaimana Kerajaan New Zealand Membendung Penularan COVID-19?

Jika di Malaysia kita menggunakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bukannya lockdown seperti di negara-negara lain. Jadi rakyat Malaysia boleh keluar rumah tetapi terhad kepada ketua rumah dan keluar untuk dapatkan barangan keperluan sahaja.

Manakala di New Zealand, mereka menggunakan 'Lockdown' sehingga 4 tahap. Mereka bermula dengan tahap 4 ketika jangkitan dan penularan sedang meningkat dengan pantas di New Zealand sekitar 25 Mac yang lepas. Rakyat NZ hanya dibenarkan keluar dengan mendapatkan keperluan asas sahaja.

Kemudian, selepas 5 minggu, Kerajaan NZ menurunkan kepada tahap 3 sekitar bulan April. Ketika ini perniagaan keperluan tidak-kepeluang dibenarkan buka secara berperingkat. Kemudian pada pertengahan Mei, mereka sekali lagi menurunkan tahap keselamatan kepada tahan 2 berikutan kes jangkitan semakin menurun.

Akhirnya, Kerajaan New Zealand kini telah menurunkan kepada tahan 1 sehingga 22 Jun. Pada tahap ini, rakyat di sana kini bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka ingin lakukan. Mereka sudah kembali bekerja, hidup seperti biasa seperti sebelum COVID-19 melanda dunia.

New Zealand Kini Bebas Daripada COVID-19

Tetapi masih ada 1 perkara lagi yang masih belum ditarik arahan iaitu sempadan negara masih ditutup oleh pengunjung luar. Maka, kini tiada sesiapa dibenarkan untuk keluar dan masuk New Zealand bagi mengelakkan jangkitan import yang mungkin kembali menyerang negara tersebut.

Sebelum ini, New Zeland melaporkan telah menerima kes jangkitan positif COVID-19 sebanyak 1154 kes dengan menyebabkan 22 kematian.

Jika diperhatikan, cara membendung penularan di New Zealand sama seperti di Malaysia. Kita juga sudah berada di 'tahap 1 sama seperti New Zealand' dan masih menutup sempadan negara. Tetapi arahan penjarakkan sosial masih di ingatkan. Aktiviti perkumpulan masih tidak dibenarkan. Pertandingan juga tidak boleh diadakan sepanjang PKPP ini.

Adakah penarikan arahan penjarakkan sosial daripada New Zealand seperti yang dinasihatkan oleh WHO ini terlalu awal? Selepas 17 hari tanpa kes baharu, mereka sudah hidup seperti biasa dan bukan norma baharu seperti di Malaysia.


Diharap New Zealand terus bebas daripada COVID-19 ini, sebab admin nak pergi bercuti sana weh!


sumber : sea.mashable

Post a Comment

Previous Post Next Post