Pawagam Akan Dibuka Semula Bermula 1 Julai, Berikut Antara Filem Yang Akan Ditayangkan

Antara Filem Yang Akan Ditayangkan

Pada 22 Jun yang lepas, Kerajaan telah mengumumkan dimana, pawagam akan dibenarkan beroperasi semula bermula 1 Julai. Sejurus selepas itu, pihak Pawagam terus senaraikan filem-filem yang akan ditayangkan kelak.

Menteri Kanan (Keselamatan) Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan di dalam sidang media Isnin bahawa pawagam, teater, live event dibenarkan beroperasi bermula 1 Julai di dalam dewan tertutup sahaja. Jadi lepas ni dah boleh tengok wayang seperti biasa.

Antara Filem Yang Akan Ditayangkan
via GSCinemas

Disebabkan ianya masih dalam tempoh PKPP, pastinya tempat-tempat ini dibenarkan dibuka semula tetapi termaktub dengan SOP yang ditetapkan. Antara SOP panggung wayang adalah kapasiti penonton tidak melebihi 250 atau mengikut kapasiti dewan. Selain itu, penjarakkan sosial perlu dipatuhi setiap masa.

Dengan pengumuman kebenaran ini, rata-rata rakyat Malaysia gembira kerana selepas ini mereka boleh kembali ke panggung wayang untuk menonton filem kembali. Justeru itulah, GSCinemas antara yang terawal memberitahu senarai filem yang akan dipertontonkan ketika pembukaan kelak.

Antara Filem Yang Bakal Ditayangkan Sempena Pembukaan Semula Wayang

Tell The Guards, To Open Up The Gate

GSCinemas menyenaraikan lebih 9 filem baru yang anda boleh tonton bila panggun wayang dibuka bermula 1 Julai ini. Antara filem yang dinanti-nantikan adalah seperti berikut:
  • Train To Busan: Peninsula
  • Mulan
  • My Hero Academia: Last Evolution Kizuna
  • Digimon Adventure 2020
  • Unhinged
  • Intruder
  • Tenet dan banyak lagi
Antara Filem Yang Akan Ditayangkan

SOP Dan Garis Panduan Keselamatan Daripada GSCinemas

GSCinemas antara pawagam yang terawal memperkenalkan SOP bagi pengguna yang akan datang ke pawagam bermula 1 Julai ini.
  1. Pengunjung perlu mengimbas kod QR atau isikan buku log sebelum memasuki premis pawagam
  2. Kakitangan GSC akan memeriksan suhu badan pengunjung
  3. Pelanggan yang berumur 12 tahun dan ke bawah dan berumur melebihi 60 tahun tidak dibenarkan memasuki dewan tayangan
  4. Anda disaran untuk memakai pelitup muka untuk keselamatan
  5. Sila jarakkan diri 1 meter daripada orang lain
  6. Sila beratur mengikuti penanda yang disediakan dan jarakkan diri
  7. GSC akan mengamalkan penjarakkan sosial di dalam dewan pawagam dengan tempat duduk yang berjarak
  8. Semua kerusi pawagam dan kemudahan dibersihkan dan disanitasi dengan kerap
  9. Cecair pembasmi kuman disediakan untuk kegunaan pengunjung


Admin tak sabar nak tengok Peninsula dan Digimon Adventure 2020 je ni. Boleh buat marathon terus ni kot.

Post a Comment

Previous Post Next Post