Blackpink Umum Akan Kembali Dengan Single Terbaru Pada 26 June Ini


Kumpulan K-Pop terkenal, Blackpink hari ini mengumumkan dimana, mereka akan melancarkan single terbaru pada 26 June yang akan datang. Pengumuman ini dibuat sendiri oleh ahli kumpulan mereka di Instagram melalui video teaser ringkas di sana.

Kumpulan tersebut yang terkenal dengan lagu Kill This Love dan Ddu-du Ddu-du sebelum ini akan kembali dengan single terbaru. Jika lagu terbaru mereka hanyalah duet bersama Lady Gaga melalui lagu Sour Candy yang kini sudah mendapat tontonan lebih 50 juta di Youtube.

Kini Blackpink akan kembali dengan lagu terbaru daripada mereka sendiri.

Blackpink Kembali Dengan Lagu Baru Pada 26 June Ini

Kini di Twitter tengah trending #BLACKPINKISCOMING sejurus pengumuman daripada ahli kumpulan Blackpink itu sendiri iaitu melalui IG Story @jennierubyjane dan juga sebuah poster melalui akaun Instagram rasmi @blackpink


Jadi bermula hari ini, peminat kumpulan Kpop Blackpink tu pasti tidak sabar untuk menunggu sehingga 26 Jun nanti. Dalam poster tersebut di paparkan lantai putih dengan pencahayaan biru beserta font Blackpink berwarna merah.

Lagu apa pula yang bakal dilancarkan kelak ni. Pasti ramai teruja ni. 

Post a Comment

Previous Post Next Post