Negeri Sembilan Benarkan Majlis Akad Nikah Perkahwinan Diadakan Di Rumah

Negeri Sembilan Benarkan Majlis Akad Nikah Perkahwinan Diadakan Di Rumah

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEANS) telah mengeluarkan garis panduan bagi pelaksanaan akad nikah perkahwinan orang Islam bagi seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh PKPP.

Aktiviti seperti Majlis Akad Nikah ini adalah tertakluk kepada kuasa bidang Jabatan Agama di sesebuah negeri. Pastinya ia berbeza mengikut negeri termasuklah di Negeri Sembilan. Selangor pun ada Garis Panduan sendiri, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain.

Bagi Negeri Sembilan, JHEANS telah pun keluarkan garis panduan ini yang pastinya memberikan sedikit berita gembira kepada mereka yang bakal melangsungkan Akad Nikah sepanjang tempoh PKPP ini berlangsung.

JHEANS mengumumkan, anda boleh laksanakan 4 tempat Akad Nikah iaitu di Pejabat Agama Islam Daerah, Rumah/Premis Persendirian, Masjid/ Surau Jumaat/ Surau dan premis yang disewa untuk Majlis Akad Nikah seperti di hotel, dewan dan lain-laian.

Garis Panduan Adakan Majlis Akad Nikah Di Rumah

Negeri Sembilan Benarkan Majlis Akad Nikah Perkahwinan Diadakan Di Rumah
gambar kredit : pengantinbaru.com.my

Bagi mereka yang akan adakan Akad Nikah di Negeri Sembilan dan memilih rumah sebagai lokasi, jumlah kehadiran adalah terhad kepada 20 orang sahaja termasuk pengantin dan seorang juru kamera dengan mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter. 

JHEANS juga menasihati golongan warga emas atau mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas serta kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun tidak digalakkan hadir melainkan wali dan ibu bapa pengantin.

Pemohon

Pasangan mestilah telah mendapat Surat Kebenaran Berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah yang telah dipohon. Selain itu, pemohon bertanggung jawab untuk berhubung dengan Penolong Pendaftar NCR/ Imam di kariag masing-masing untuk menentukan tarikh, masa dan tempat Majlis Akad Nikah akan diadakan

Penolong Pendaftar NCR/ Imam

PPNCR atau Imam bertanggungjawab sepenuhnya dalam memantau dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan sebelum, semasa dan selepas Majlis Akad Nikah berlangsung. Mereka juga bertanggung jawab mencatatkan maklumat mereka yang hadir di dalam Majlis Akad Nikah termasuk nama dan nombor telefon.

PPNCR/ Imam mempunyai kuasa untuk menangguh atau membatalkan Majlis pada hari berkenaan sekiranya tidak berpuas hari dengan pematuhan peraturan yang telah ditetapkan.

Syarat-Syarat Umum

Semua dokumen berkaitan pernikahan hendaklah lengkap untuk tujuan majlis akad nikah dan pendaftaran perkahwinan. Tempoh maksimum perjalanan majlis tersebut hendaklah tidak melebihi 30 minit termasuk khutbah nikah dan bacaan ta'liq. Jika sudah selesai, kesemua orang  yang hadir perlu bersurai dengan segera.

Pastikan semua orang yang sertai majlis tersebut dalam keadaan sihat. Mereka juga perlu patuhi SOP yang telah ditetapkan seperti dibawah:
  • Memakai pelitup muka (face mask)
  • Menyediakan pembersihan tangan (hand sanitizer)
  • Mengelakkan berjabat tangan ketika lafaz ijab dan qabul
  • Pematuhan jarak sekurang-kurangnya 1 meter di antara setiap yang hadir
  • Tidak ada sebarang kenduri yang berkaitan majlis perkahwinan dianjurkan

Tarikh Berkuat Kuasa Garis Panduan Ini

Garis panduan Majlis Akad Nikah Perkahwinan Orang Islam Negeri Sembulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dibawah JHEANS ini mula berkuat kuasa pada 22 Jun 2020

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Pejabat Agama Islam Daerah yang berkaitan. Semoga segala aktiviti Majlis yang akan diadakan ini dipermudahkan bagi urusan bakal pengantin akan datang.  

Post a Comment

Previous Post Next Post