Bakal Graduan UiTM Sila Undi, Adakah Anda Setuju Dengan Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah adakan tinjauan atau Survey kepada bakal graduan bagi mengadakan Majlis Konvokesyen secara Janji Temu dengan mengikuti SOP yang ditetapkan.

Majlis sedemikian akan diimplikasikan bagi menggantikan Majlis Konvokesyen yang biasa di lakukan beramai-ramai di dewan UiTM. Majlis sedemikian terpaksa di tangguhkan buat masa sekarang kerana kita masih di dalam tempoh PKPP.

Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Dalam tempoh ini, orang ramai terpaksa elakkan tempat orang ramai dan penjarakkan sosial bagi membendung penularan COVID-19 yang menyerang negara kita ini. Jadi Majlis Temu Janji ini adalah inisiatif daripada UiTM bagi mengelakkan pengumpulan ramai ramai dan mengikuti semua SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan.

Bagaimana rupanya Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu ini?

Mengikut video yang dikongsikan oleh UiTM, Majlis Konvokesyen Janji Temu ini mempunyai 15 proses aliran bagi Penganugerahan Diploma atau Ijazah dan ianya hanya mengambil tempoh 15 minit sahaja

Majlis Konvokesyen Secara Janji Temu

Graduan hanya perlu mendaftar dan buat janji temu bila mereka boleh datang untuk melalui proses penganugerahan ini. Jika sudah dapat pengesahan daripada UiTM, barulah anda datang ke UiTM Shah Alam atau mana-mana cawangan UiTM untuk mengambil gambar, skroll, transkrip dan beberapa perkara lagi.

Untuk penerangan lebih mendalam, anda boleh lihat video yang disediakan oleh pihak UiTM seperti dibawah ini.


Jadi melalui penerangan cadangan pelaksanan Penganugerahan secara Janji temu ini, adakah anda bersetuju untuk di adakan bagi majlis anda? Soalan ini dituju khas oleh bakal graduan UiTM yang akan bergraduasi bagi tahun 2020 ini.

Antara kebaikkan daripada Majlis Konvoksyen Janji Temu ini adalah seperti berikut:
  • Graduan berpeluang mengenakan jubah dan mengambil gambar sebagai kenangan
  • Graduan tidak perlu menunggu terlalu lama (tahun depan) untuk mempunyai foto konvokesyen.
  • Graduan akan menerima skrol dan transkrip rasmi mereka selepas sesi fotografi
  • Sesi fotografi akan diadakan di UiTM Shah Alam dan semua Cawangan UiTM. Graduan boleh menghadiri sesi di negeri masing-masing. Ini akan menjimatkan kos perjalanan dan penginapan mereka.
  • Meminimumkan risiko jangkitan COVID-19 kerana proses yang dilaksanakan mematuhi SOP yang ditubuhkan oleh pemerintah
  • Foto yang dihasilkan mempunyai kualiti yang sama dengan foto konvokesyen sebelumnya kerana ia dikendalikan oleh Pusat Foto UiTM.
  • Proses dari memakai jubah hingga menyerahkan skrol dan transkrip rasmi akan melalui proses yang pendek, tidak lebih dari 15 minit bagi setiap siswazah.

Justeru itu, anda perlu isi dan jawap survey yang diadakan oleh UiTM berkaitan perkara ini di pautan dibawah


Survey ini hanya dilakukan bermula 24 Jun hingga 30 Jun 2020 (seminggu) ini sahaja. Jadi anda perlu jawapan, adakah anda akan hadir pada majlis itu atau tidak beserta maklumat-maklumat lain. Sila maklumkan kepada semua bakal graduan UiTM 2020.

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi seperti makluman dibawah

Puan Aminah binti Aman
Deputy Registrar
+603-55443110/ aminaham@uitm.edu.my

Puan Rozani binti Mohd. Noh
Senior Assistant Registrar
+603-55443114/ roza@uitm.edu.my

Students Record and Convocation Division
Registrar's Office
Universiti Teknologi MARA

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended