Korea Selatan Akan Memperkenalkan Lesen Memandu Digital Melalui Telefon Pintar

Lesen Memandu Digital di Korea Selatan

Siapa sangka, selepas teknologi cashless iaitu tanpa tunai, kemudian datang teknologi cardless iaitu tanpa kad, kini ada pula teknologi identification cardless iaitu identiti tanpa kad aka. Kesemua ini dimasukkan ke dalam telefon pintar.

Inilah teknologi yang sedang dibangunkan oleh Korea Selatan dimana, selepas ini kad lesen memandu akan digantikan ke Lesen Memandu Digital dan boleh terus diakses melalui telefon pintar sahaja seperti yang dilaporkan oleh mobileworldlife.

Kalau secara konvensional, lesen memandu kita adalah secara kad fizikal. Jadi setiap kali nak keluar memandu, kena bawa kad tersebut walaupun sekarang sudah ada teknologi cashless dan cardless melalui e-Wallet.

Lesen Memandu Digital Di Korea Selatan

Lesen Memandu Digital di Korea Selatan
via : ajudaily

Lesen Memandu Digital akan diperkenalkan melalui kerjasama antara pihak berkuasa Polis Korea, Penguatkuasa Traffik (KoRoad) dan juga pembangun syarikat Telco iaitu antara SK Telecom (SKT), KT, dan juga LG Uplus bagi membangunkan sebuah aplikasi untuk menyimpan data lesen memandu individu.

Dengan kerjasama ini, pastinya dapat membina lesen memandu digital dan pastinya memberikan kehidupan lebih mudah terutamanya bila anda tidak perlu lagi membawa kad fizikal identiti yang lebih banyak. Kesemuanya sudah disimpan di dalam telefon pintar anda.

Jadi anda nak keluar rumah lepas ni, anda perlu bawah peranti pintar anda sahaja. Yang mana 24 jam bersama anda kan.

Daftar Melalui Aplikasi PASS

Di Korea, mereka mempunyai sebuah aplikasi bagi meluluskan segala maklumat berkaitan identiti iaitu melalui aplikasi PASS. Jadi selepas ini, pemegang lesen memandu tersebut dapat daftar lesen mereka melalui aplikasi untuk melalui proses verification dan penyulitan.

Pastinya ia akan menjadi lebih selamat apabila melalui proses yang disediakan oleh aplikasi PASS ini. 

Untuk menjadikannya lebih selamat, segala informasi berkaitan lesen memandu digital ini akan bersambung dengan database terus ke Penguatkuasa Polis Korea. Jadi jika ada sebarang kehilangan atau kecurian, polis akan tahu. 

Selain itu juga, ianya juga akan dilengkapkan dengan teknologi yang tidak membenarkan untuk anda screenshot kad lesen digital anda tersebut. Ini bagi mengelakkan ianya di tiru oleh pihak yang tidak bertanggunjawab.


Kalau teknologi ini diadakan di Malaysia, korang nak guna tak? Kalau kena tahan polis, tunjuk lesen guna smartphone je

Post a Comment

Previous Post Next Post