Cara Dapatkan Kelayakan Bayaran Elektrik Percuma Untuk 3 Bulan Seperti Yang Diumumkan Oleh Kerajaan

Bantuan Prihatin Elektrik Percuma Untuk 3 Bulan

Baru-baru ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi Bantuan Prihatin Elektrik tambahan bagi 4 juta pengguna domestik bagi bulan April, Mei dan Jun baru-baru ini.

Pengguna yang terlibat akan mendapat bekalan elektrik percuma bagi bulan April, Mei dan Jun yang akan dikreditkan dalam bil bulan Julai, - kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

Bantuan ini merupakan bantuan tambahan bagi diskaun bil eletrik selepas Bantuan Prihatin Elektrik yang diumumkan oleh Menteri Kewangan di dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang telah bermula sejak 1 April yang lepas.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial dimana ramai rakyat yang terkejut dengan peningkatan pembayaran bil elektrik pada bulan Jun dan Julai sehingga 100%. Disebabkan itulah, Kerajaan tampil bagi memberi penerangan dan dengan itulah diperkenalkan Bantuan Tambahan ini.

Cara Dapatkan Kelayakan Bantuan Prihatin Elektrik Percuma

Bantuan Prihatin Elektrik Percuma Untuk 3 Bulan

Jadi, Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 kepada pengguna dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah. Ini akan memberikan manfaat kepada 4 juta pengguna domestik.

Bantuan Prihatin Elektrik akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

Manakala, bagi pengguna yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan, mereka akan menerima potongan bil elektrik sehingga RM231 secara total atau RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020.

Bantuan Prihatin Elektrik Percuma Untuk 3 Bulan

Tetapi bagaimana, jika anda sudah membayar bil-bil elektrik sebelum ini?

Jangan risau, TNB mengumumkan, jika pengguna domestik yang telah membuat pembayaran (April, Mei dan Jun) terlebih dahulu sebelum bantuan ini diumumkan, TNB akan menolak daripada bil bulan Julai kelak.

Untuk ketahui lebih lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Elektrik ini, anda boleh layari www.tnb.com.my/prihatin/bantuan-prihatin-elektrik

Tiada Pemotongan Bekalan Elektrik

Selain daripada inisiatif bantuan tambahan ini, Kerajaan juga mengumumkan dimana, tiada aktiviti pemotongan elektrik daripda TNB kepada mereka yang lambat membayar bil sehingga 30 September 2020.

Ini bertujuan membantu pengguna domesti menghadapi hari-hari yang akan datang sempena PKP dan serangan pandemik COVID-19 di Malaysia.


Alhamdulillah, dengan adanya Bantuan Tambahan ini, pastinya akan melegakan pengguna domestik yang terpaksa membayar bil elektrik yang tinggi sebelum ini. Terima kasih

Post a Comment

Previous Post Next Post