Faceapp Sepatutunya Tidak Digunakan Oleh Orang Islam

Faceapp Sepatutunya Tidak Digunakan Oleh Orang Islam

Pendakwah bebas memberitahu dimana Faceapp yang kini tular mampu menyunting dan menukar wajah kepada jantina lain serta dikongsi tidak seharusnya digunakan oleh orang Islam.

Baru-baru ini tular dengan sebuah aplikasi bernama Faceapp yang mampu edit dengan menukar wajah seorang perempuan kepada lelaki atau menukar wajah seorang lelaki menjadi seorang perempuan. Hasil gambar tersebut telah banyak dikongsikan di media-media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Hukum Menggunakan Aplikasi FaceApp

Faceapp Sepatutunya Tidak Digunakan Oleh Orang Islam

Ada beberapa komen yang memberitahu, aplikasi ini seolah-olah menukar ciptaan Allah. Jadi baru-baru ini seorang pendakwah bebas, Dr. Nur Muhammad Hadi di temu bual oleh pihak Al-Hijrah News berkaitan aplikasi ini.

"Penggunaan aplikasi yang menukar wajah janita berlainan dan menyebarkannya kepada orang lain adalah haram di sisi agama"

Berikut adalah komentar yang dilontarkan oleh pendakwah bebas tersebut. Beliau juga menyebut, perkara ini telah jatuh aib kepada diri sendiri. Menjatuhkan aib yang dimaksudkan adalah menukar wajah lelaki kepada seorang perempuan atau sebaliknya yang mana secara fitrahnya adalah lelaki dan mula disebarkan kepada orang ramai. Sekali gus ianya telah menjatuhkan maruah diri sebagai seorang muslim.

Selain daripada itu, jika gambar yang ditukar tersebut sebagai simpanan peribadi, ianya termasuk perbuatan yang dibenci agama kerana perbuatan tersebut adalah sia-sia. Ulas Dr. Nur Muhammad.

Justeru itu, beliau juga menasihatkan supaya ibu bapa pantau penggunaan gadjet anak-anak. Beliau khuatir, jika perbuatan bertukar gambar jantina lain ini dipupuk dari kecil, bimbang jika suatu hari nanti anak-anak akan terdetik untuk bertukar jantina sebetulnya secara fizikal. Perbuatan ini pastinya adalah berdosa dan dilaknat oleh Allah.

Beliau memberitahu, sesebuah aplikasi itu baik dan boleh digunakan sekiranya ia tidak mengaibkan diri dan orang lain. Boleh digunakan ke arah kebaikkan.

Faceapp Sepatutunya Tidak Digunakan Oleh Orang Islam

Selain daripada menukar jantina lain, Faceapp juga mampu menukar wajah seseorang menjadi tua daripada umur sebenar. Ciri ini juga tular sebelum ini di media sosial.


Ada yang masih menggunakannya sekarang ni? Apa pendapat anda semua berkaitan aplikasi faceapp yang sedang tular ni?



Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended