Laman Editing, CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

Rasanya dah ramai tahu dan pernah guna CANVA ni, lagi-lagi mereka yang selalu menggunakan media sosial untuk berniaga terutamanya. Kini mereka sudah ada di desktop tau.

CANVA ni orang biasa guna untuk edit gambar simple-simple bagi tujuan posting di media-media sosial. Kalau guru yang mengajar dalam bidang marketing terutamanaya, pasti mereka akan cadangkan CANVA ini sebagai alternatif untuk edit gambar berbanding Adobe Photoshop, Illustrator dan software berat yang lain.

Sebelum ini, untuk anda akses Canva, anda buka di browser sebagai contoh di Google Chrome dan pergi ke pautan www.canva.com. Jadi disinilah anda mula untuk edit dan dapatkan gambar yang anda mahu untuk post di facebook, untuk post di Instagram dan sebagainya.

Tahukah anda, sebenarnya Google Chrome menggunakan RAM yang banyak untuk aktif. Bagi untuk mengurangkan kegunaanya, sebab itulah ada Canva For Desktop ini. Dengan ini anda tidak perlu lagi untuk buka browser, anda tak perlu lagi pergi ke pautan Canva sebaliknya anda hanya perlu klik icon Canva dan teruskan proses suntingan anda.

Selain daripada browser, Canva juga boleh diakses menggunakan aplikasi di telefon pintar anda. Untuk pengguna Android, anda boleh download di Play Store dan pengguna iOS, anda boleh download di Apps Store.

Kelebihan Canva Berbanding Software Editing Lain

Kini sudah ramai yang menggunakan Canva, tidak kira lah anda pandai edit gambar atau tidak. Ini kerana, ianya menyediakan kelebihan tersendiri berbanding software dan aplikasi lain. 
  • Boleh akses melalui 3 platform secara serentak, aplikasi telefon, browser komputer dan desktop komputer. Kesemua project yang dibuat, boleh diakses melalui 3 platform ini.
  • Penggunaan secara PERCUMA
  • Anda tak perlu kemahiran edit pun untuk menggunakan Canva. Kerana ianya sudah tersedia
  • Konsep drag n drop
  • Software dan aplikasi yang ringan
  • Sesuai digunakan untuk semua jantina dan lapisan masyarakat

Anda pilih jenis design apa yang anda mahu, anda mula edit. Banyak jenis design disediakan. Antaranya, untuk presentation, poster, instagram post, facebook post, youtube thumbnail, facebook header, blog banner, buat logo pun boleh dan banyak lagi.

CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

Kesemuanya sudah disediakan mengikut template yang ada. Anda perlu edit mengikut citarasa gambar dan tulisan yang anda mahu sahaja. Dah siap, boleh terus download.

Sebenarnya, bukan gambar sahaja anda boleh edit tau, video pun boleh. Kalau anda rasa masih tak cukup design yang disediakan, anda boleh dapatkan Canva Pro yang perlu anda bayar sedikit. Tapi rasanya, akaun percuma sudah cukup.

Canva Kini Sudah Ada di Dekstop

CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

Jadi lepas ni, anda tak perlu dah buka browser untuk edit gambar, anda hanya perlu klik icon di desktop anda dan boleh terus edit. Anda boleh download Canva for desktop mengikut sistem anda di bawah sama ada Windows atau Mac


1.  Download software Canva for Desktop dan Install seperti biasa sehingga siap

2.  Kemudian sign in jika anda sudah mempunyai akan Canva atau Sign up jika masih belum mempunyai akaun Canva

CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

3.  Selesai! Anda sudah boleh edit seperti biasa tetapi kali ini di desktop sahaja.

CANVA Kini Sudah Ada Di Dekstop

Post a Comment

Previous Post Next Post