Pindaan Takwim Persekolah Tahun 2020. Cuti Hujung Tahun Dikurangkangkan Kepada 14 Hari Sahaja

Pindaan Takwim Persekolah Tahun 2020

KPM telah mengeluarkan takwim persekolahan tahun 2020 yang baharu iaitu selepas dipinda dengan mengambil keadaan semasa.

Sebelum ini KPM telah mendapat kebenaran daripada KKM dan MKN bagi memulakan semula sesi persekolahan tetapi hanya melebatkan murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6. Selain daripada itu, murid akan terus berada di rumah bagi pembelajaran secara online. 

Murid yang dibenarkan ini kerana akan terlibat dengan peperiksaan online seperti Sijil Pelajaran malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.

Pindaan Takwim Persekolahan Tahun 2020

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah telah mengeluarkan pindaan Takwim Persekoalahan Tahun 2020 bagi urusan semua sekolah dibawah kelola KPM sendiri. Pindaan ini termasuk sekolah-sekolah yang berada di Kumpulan A dan Kumpulan B

Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

Berikut merupakan pindaan yang telah dibuat oleh pihak KPM bagi Takwim Persekolahan yang baharu bagi tahun 2020
  • Cuti Pertengahan Penggal 2 dikurangkan daripada 9 hari kepada 5 hari yang melibatkan semua sekolah yang berada di dalam Kumpulan A dan Kumpulan B
  • Cuti Akhir Tahun :
    • Kumpulan A : Cuti dikurangkan daripada 42 hari kepada 14 hari
    • Kumpulan B : Cuti dikurangkan daripada 41 hari kepada 13 hari
Pindaan Takwim Persekolah Tahun 2020

Dengan itu, jumlah keseluruhan hari persekolahan secara bersemuka berdasarkan pindaan Takwim Penggal Persekolahan Tahun 2020 adalah sebanyak 168 hari bagi semua sekolah. Ini mungkin diambil kira bagi murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 selepas ini dan juga sesi sebelum PKP.

Jadi kepada anda ingin dapatkan salinan asal Pindaan Takwim Persekolahan 2020, anda boleh dapatkan di laman sesawan KPM di www.moe.gov.my/takwim/takwim-persekolahan-pindaan-2020

Post a Comment

Previous Post Next Post