KKM Hanya Tawarkan Ujian Saringan Percuma COVID-19 Jika Memenuhi Salah Satu Kriteria Ditetapkan


KKM hanya akan memberikan ujian saringan COVID-19 secara percuma di mana-mana Hospital milik Kerajaan jika rakyat memenuhi salah satu daripada 3 kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian tersebut.

Sehingga kini, penularan COVID-19 masih lagi berlaku di dalam negara yang melibatkan warganegara dan juga bukan warganegara. Setakat 15 Jun, mereka yang telah dilaporkan positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8494 kes dengan menyebabkan 121 kematian.

Hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberikan ujian saringan COVID-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia jika memenuhi mana-mana 3 kriteria yang ditetapkan.

3 Kriteria Daripada Pihak KKM


Jika anda memenuhi salah satu daripada 3 kriteria ini, pihak KKM akan memberikan Ujian Saringan COVID-19 secara percuma yang boleh dilakukan di mana-mana fasiliti milik Kerajaan seperti Hospital dan Klinik Kerajaan.

Antara 3 kriteria tersebut adalah :
  • Individu dalam siasatan (PUI)
  • Individu baru pulang dari luar negara
  • Kontak rapat yang terdedah dengan individu positif COVID-19

Jika anda tergolong dalam 3 kriteria ini, anda layak dapatkan Ujian Saringan COVID-19 secara percuma.

Sebaliknya, jika selain daripada kriteria tersebut, anda boleh dapatkan Ujian Saringan melalui Klinik atau Hospital Swasta. Untuk dapatkan senarai tersebut anda boleh dapatkan di Senarai Klinik Perubatan Dan Hospital Swasta Yang Menjalankan Screening & Triaging Bagi COVID-19.

Dr Noor Hisham juga melaporkan, jika pada permulaan, dibawah Kementerian hanya ada 23 makmal, tetapi kini sudah terdapat 53 makmal di seluruh Malaysia dengan kemampuan menjalankan hampir 35,000 kes ujian secara harian.


Jadi jika anda ingin jalankan Ujian Saringan COVID-19 macam swab test tersebut dan tidak memenuhi mana-mana kriteria yang ditetapkan, pergi klinik kerajaan sahaja. Pastinya ada bayaran dikenakan.

Post a Comment

Previous Post Next Post