Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Akan Berlangsung Secara Online Pada Tahun ini

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Akan Berlangsung Secara Online

Disebabkan COVID-19 ini, pada tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 tetapi diteruskan tetapi hanya menerusi online sahaja. Jadi akan jadilah pesta dalam talian terbesar di Malaysia.

Sebelum ini, awal Mac yang lepas lagi, pihak KLIBF sudah umumkan Kuala Lumpur International Book Fair ditangguhkan berikutan penularan pandemik COVID-19 di seluruh Malaysia.

Setiap tahun, kebiasaanya, KLIBF ini akan berlansung di Putra World Trade Centre (PWTC) dengan tawaran diskaun kepada semua buku yang dijual. Selain itu juga, pesta tersebut akan ada kehadiran penulis-penulis buku bagi menceritakan tentang penulisan mereka.

Nampaknya, pada tahun ini, kesemua aktiviti yang berlangsung selama 10 hari tersebut tidak akan di adakan, tetapi sebaliknya hanya tawaran dan penjualan secara online sahaja.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Dalam Talian Terbesar Di Malaysia

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 Akan Berlangsung Secara Online

Jadi jangan risau, kepada peminat-peminat buku sekalian, tiada pesta, tetapi anda tetap boleh dapatkan buku-buku pilihan anda menerusi dalam talian (online) selepas ini.

Anda boleh sertai pesta atas talian ini menerusi laman Shopee bermula 25 Jun sehingga 8 Julai 2020 (14 hari) di pautan ini shopee.com.my/klibf

Anda boleh dapatkan lebih lebih 30,000 judul terkini, 30,000 baucar pelanggan baru, 20,000 diskaun seluruh platform, 10,000 baucar pembelian oleh penerbit dan banyak lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post