Game Lejen! Anda Kini Boleh Main Counter Striket Menggunakan Browser Sahaja!

Main Counter Striket Menggunakan Browser Sahaja!

Anda masih ingat permainan video Counter Strike? Ianya pernah menjadi fenomena ketika awal 2000-an dahulu kan. Kalau pergi CC, tak sah kalau tak main game CS ni kan. Sekarang ni kalau pergi CC main Dota je la kan.

Permainan Counter Striket ini merupakan sebuah permainan video atau game yang berkonsepkan tembak menembak antara kumpulan terrorist dengan counter-terrorist. Jadi mereka akan berlawan antara 2 kumpulan ini.

Main Counter Striket Menggunakan Browser Sahaja!

Misi game ini ringkas sahaja, kumpula terrorist mesti tanam bomb di tempat yang sepatutnya. Jika berjaya, ini bermakna kumpulan terrorist yang akan menang. Selain itu, jika ahli kumpulan mati kesemuanya juga dikira kalah.

Permainan ini menjadi lebih menarik bila kita boleh set up server untuk bermain bersama rakan yang lain. Kadang dalam CC tu, boleh main ramai-ramai kan. Selain itu, boleh juga boleh bermain berseorangan bersama bot.

Bermain Counter Strike Hanya Menggunakan Browser Sahaja

Main Counter Striket Menggunakan Browser Sahaja!

Kalau sebelum ini, jika nak bermain di laptop peribadi, anda perlu install terlebih dahulu permainan Counter Striket 1.6 ni. Jadi anda kena download file dan install di komputer. 

Tetapi kini tidak lagi. Ini kerana kini anda boleh bermain Counter Strike 1.6 ini hanya menggunakan Browser sahaja. Boleh guna Microsoft Edge, Google Chrome, Mozilla Firefox atau apa-apa sahaja browsert.

Caranya, anda pergi ke pautan ini cs-online.club/en/servers dan boleh terus bermain tanpa perlu install apa-apa software di komputer anda.

Anda boleh pilih mana-mana map seperti de_dust, de_dust2, cs assault, cs militia dan banyak lagi. Kemudian klik sahaja connect. Kemudian anda hanya perlu loading yang mungkin akan ambil masa sedikit. Akhirnya boleh terus main seperti biasa.


Siapa lagi membesar dengan game Counter Strike ni? Sekarang dah boleh main, lebih senang kan. Jangan lupa kongsikan dengan kawan-kawan yang lain

Post a Comment

Previous Post Next Post