Twitter Memperkenalkan Ciri Terbaru, Tweet Voice

tweet voice daripada twitter

Tidak mahu ketinggalan, Twitter nampaknya hadir lagi dengan ciri terbaru kali ini iaitu memperkenalkan Tweet Voice. Your Tweet, Your Voice.

Jika sebelum ini, Twitter ada memperkenalkan ciri Schedule Tweet dimana anda boleh atur bila tweet anda akan muncul di timeline mengikut waktu masa dan tarikh yang ditetapkan. Itu adalah ciri yang terbaru sekali sebelum ini.

Your Tweet, Your Voice

tweet voice daripada twitter

Tidak cukup dengan itu, kali ini ada lagi ciri terbaru iaitu Tweet Voice. Ciri ini membolehkan anda merakam suara dan terus muat-naik voice anda tersebut tanpa menggunakan aplikasi tambahan atau menggunakan kamera untuk rakaman.

Anda hanya boleh rakam suara anda selama 2 minit 20 saat sama seperti video atau selama 140 saat. Selain itu juga, anda hanya boleh rakam di Tweet asal sahaja dan tidak boleh digunakan di bahagian reply. 



Setakat ini, hanya pengguna yang terpilih daripada peranti iOS sahaja menerima Tweet Voice dan jangan risau akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Mungkin sedikit masa lagi, semua pengguna iOS akan menerima ciri terbaru ini.

Manakala bagi pengguna Android, anda kena tunggu dulu tengok rakan anda menggunakan ciri ini, biasalah, lambat sekali. Tiada lagi pengumuman bila ciri ini akan hadir bagi pengguna Android.


Best la lepas ni, tak perlu nak taip lagi, voice note je terus. ermm nak spill the tea lagi la mudah, siap boleh tambah expression lagi.


sumber : twitter
Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended