Dapatkan Pas Tanpa Had Penerbangan Dalam Malaysia Bersama AirAsia Dengan RM399

cara daftar AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Hari ini, AirAsia telah menawarkan pas tanpa had bagi penerbangan dalam Malaysia. Dengan pas ini anda bebas untuk terbang beberapa kali anda mahu dalam tempoh lebih kurang 9 bulan seperti yang ditawarkan. 'Fly As Many Times As You Want'

AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia merupakan inisiatif daripada syarikat tambang murah AirAsia tersebut untuk terbang bersama mereka dan bercuti di dalam negara. Sepanjang PKPP ini, rakyat Malaysia dibenarkan untuk melakukan aktiviti percutian domestik dengan SOP yang ditetapkan. Dengan usaha ini, pastinya dapat merangsang dan meningkatkan kembali industri pelancongan di Malaysia khususnya. Ingat, sempadan negara masih ditutup.

Pas Penerbangan Tanpa Had Daripada AirAsia

Untuk melayakkan anda untuk dapatkan pas tanpa had ini dengan harga RM399, anda mestilah menjadi ahli BIG AirAsia. Jika belum, anda boleh daftar disini terlebih dahulu. Sekejab sahaja.

Anda boleh mula dapatkan pas ini bermula 11 hingga 13 Jun 2020 ini. Dengan pembelian tersebut, anda bebas untuk tebus beberapa kali tiket penerbangan bermula 25 Jun 2020 sehingga 31 Mac 2021 (lebih kurang 9 bulan lamanya)

Cara Untuk Dapatkan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Ikuti langkah berikut, anda anda dapatkan Unlimited Pass dengan harga RM399 sahaja.

Langkah 1 : Layari laman web www.airasia.com/deals atau melalui aplikasi AirAsia dengan klik pada bahagian Deals
Langkah 2 : Log in akaun BIG AirAsia anda
Langkah 3 : Klik pada bahagian AirAsia Unlimited Pass
Langkah 4 : Sebelum membeli, pastikan anda faham T&C dan FAQ serta cara tebus pas tersebut
Langkah 5 : Akhirnya, klik Purchase Now

Anda perlu tahu, harga RM399 ini tidak termasuk beberapa fi tambahan lain, Passenger Service Charge (PSC) iaitu RM11 dan Regulatory Service Charge (RSC) iaitu RM1 serta beberapa add-on yang lain.

cara daftar AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Dengan Unlimited Pass AirAsia ini anda boleh terbang dimana-mana destinasi dalam negara seperti yang disenaraikan dibawah. Antaranya, Langkawi, Kuching, Sibu, Labuan, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu dan banyak lagi.

Tidak kira lapangan terbang domestik yang anda pilih untuk terbang, pas tanpa had anda boleh digunakan untuk mulakan percutia Cuti-Cuti Malaysia anda.

cara daftar AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Cara Tebus Pas Tanpa Had Dan Pembelian Tiket Penerbangan

Antara yang anda perlu tahu sebelum beli tiket kapal terbang
  • Anda perlu tempah tiket penerbangan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum terbang
  • Hanya waktu yang menunjukkan 100% OFF sahaja dibenarkan untuk menggunakan pas ini
  • Pas Tanpa Had anda akan terbatal jika lebih 3 kali anda tidak muncul selepas tempahan tiket telah dibuat

Langkah 1 : Layari laman web www.airasia.com/deals atau melalui aplikasi AirAsia dengan klik pada bahagian Deals
Langkah 2 : Log in akaun BIG AirAsia anda
Langkah 3 : Klik pada bahagian My Purchases, kemudian pilih View Now AirAsia Unlimited Pass
Langkah 4 : Klik pada REDEEM dan ianya akan membawa anda kepada bahagian pembelian tiket penerbangan di airasia.com
Langkah 5 : Cari penerbangan yang anda mahu
Langkah 6 : Pilih penerbangan yang ada tanda 100% OFF sahaja. Hanya waktu ini sahaja dibenarkan untuk tebus pas anda tersebut
Langkah 7 : Buat pembayaran untuk lengkapkan tempahan
Langkah 8 : Selesai! Anda sudah bersedia untuk Cuti-Cuti Malaysia

cara daftar AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia

Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan AirAsia Unlimited Pass Cuti-Cuti Malaysia selama 3 hari ini. Kemudian anda bebas untuk terbang beberapa kali yang anda mahu.

Post a Comment

Previous Post Next Post