Utusan Malaysia is back? Nantikan Julai Ini


Sebuah video pendek (teaser) yang dimuat naik di facebook Utusan Online pada awal Jun yang lepas sepertinya ingin memberitahu dimana Utusan Malaysia akan kembali.

Sebelum ini, syarikat akhbar tempatan Utusan Melayu Berhad sebelum ini telah mengumumkan penutupan operasi apabila mengalami tidak lagi mampu untuk membayar pekerjanya. Jadi melalui langkah tersebut, akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo terpaksa diberhentikan pencetakan ketika itu.

Kesan daripada itulah, ramai pekerja daripada syarikat tersebut terpaksa diberhentikan. Tiada pencetakan berlaku ketika itu bermula Ogos 2019 yang lepas.

Utusan Malaysia Akan Kembali

Selepas hampir setahun tiada pengoperasian daripada syarikat Utusan Melayu Berhad, pada awal Jun yang lepas, facebook rasmi Utusan Online telah memberi bayangan dimana, mereka akan kembali dibawah syarikat Media Mulia Sdn. Bhd.



Video pendek tersebut memberitahu 'Nantikan Julai Ini' bersama-sama dengan latarbelakang sedikit poster Utusan Malaysia yang seakan mereka akan kembali. Mungkin kita akan lihat kembali akhbar Utusan Malaysia, akhbar Kosmo, dan beberapa lagi cetakan daripada syarikat ini kembali. 

Untuk ketahui lebih lanjut, kita akan nantikan Julai ini, adakah betul akhbar Melayu tempatan Utusan Malaysia ini akan kembali. Jika benar, pasti ramai pekerja yang sebelum ini diberhentikan akan mendapat kembali mata pencarian mereka.


Post a Comment

Previous Post Next Post