Cara Buat Blueberry Cheesecake Dengan Kos Kurang RM30

Cara Buat Blueberry Cheesecake yang sedap dan mudah

Terasa nak makan blueberry cheesecake? Nak beli tapi mahal, jadi apa susah, kita buat je sendiri di rumah. Anda boleh tengok disini resepi cara buat blueberry cheesecake yang sedang dengan kos kurang RM30 je tau.

Kek ini mungkin sedikit mahal bila kita dapatkan di pasaran luar. Ye la kan, kalau melibatkan cheese atau keju ni mesti mahal harganya. Kalau nak murah, kita beli je la 1 slice kek tersebut. Tapi jangan risau, anda boleh cuba resepi blueberry cheesecake ini kurang daripada RM30 dan boleh buat dirumah sahaja. Nanti dah siap, boleh la hidangkan bersama keluarga yang lain.

Jom kita tengok resepi cara buat Blueberry Cheesecake yang dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di Facebook. Anda bukan boleh buat sepotong sahaja, tapi sebuah kek yang sedap. Jom kita cuba resepi ini.

Resepi Dan Cara Buat Blueberry Cheesecake

Kepada penggemar cheese, anda kena cuba ni tau.

Bahan-Bahan

  • 8-9 keping biskut
  • Butter
  • Krim Cheese Tatura
  • 2 biji telur
  • 2 sudu gula halus
  • 1 sudu setengah tepung gandum
  • Jus limau
  • Jem blueberry

Cara-Cara

Untuk Lapisan Bawah

1.   Anda boleh guna biskut digestive (Jacobs Weetmeal atau Belvita)

2.   Hancurkan biskut tersebut menggunakan lesung batu (blend kering)

3.   Masukkan biskut hancur bersama 2 sudu butter dan kemudian gaul sebati. Jika sudah siap, masukkan kesemuanya ke dalam loyang dan tekan-tekan untuk padatakan biskut tersebut. Jangan lupa alastkan dengan kerta minyak.

Cara Buat Blueberry Cheesecake yang sedap dan mudah

Untuk Cheese

1.   Campurkan cheese dan gula hingga sebati

2.   Sudah sebati, masukkan telur, hancurkan kemudian masukkan jus limau.

3.   Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati. Jika sudah sebati, masukkan atau curah ke dalam loyang yang berisi biskut tadi.

Cara Buat Blueberry Cheesecake yang sedap dan mudah

4.   Bakar pada suhu 160 °C selama 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.

5.   Jika sudah selesai, biarkan sejuk, kemudian sapukan jem blueberry sebagai topping. Siap! Anda dah boleh makan. Cheesecake kalau dah sejuk pun sedap kan.

Cara Buat Blueberry Cheesecake yang sedap dan mudah

Selamat mencuba Blueberry Cheesecake!


Sumber : Rasa Share Resipi Daripada SuiSan Aliezsha

Post a Comment

Previous Post Next Post