Semakan Permohonan Geran Khas Perihatan (GKP) Dan Cara Permohonan Rayuan GKP Bagi Yang Gagal

Cara Permohonan Rayuan Bagi Yang Gagal

Bagi mereka yang telah membuat permohonan bagi GKP yang lepas, anda boleh mula buat semakan bermula 3 Jun 2020 dan sekiranya gagal anda boleh terus buat permohonan rayuan sehingga 15 Jun 2020 ini.

Permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) telah dibuka kepada mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang rata-rata mempunyai akaun SSM. Jadi perlu memohon GKP sebagai ganti daripada BPN.

Semakan Status Permohonan GKP

Jadi mereka yang sudah membuat permohon GKP pada awal Mei yang lepas, anda boleh mula buat semakan bermula 3 Jun 2020 di pautan dibawah ini.


Jika berjaya, anda akan diberi one-off RM3000. Jika gagal, akan diberikan status sebab kenapa permohonan anda itu gagal.

Tetapi jika gagal, anda boleh buat rayuan 

Cara Buat Permohonan Rayuan GKP

Cara Buat Permohonan Rayuan GKP bagi yang gagal

Permohonan rayuan boleh dibuat bagi pemohon berstatus TIDAK LAYAK iaitu bermula 3 Jun sehingga 15 Jun 2020. Permohonan boleh dibuat secara online sahaja menerusi Portal GKP dibawah. Tiada permohonan rayuan GKP secara manual di cawangan LHDNM


Berstatus TIDAK LULUS

Permohonan rayuan GKP tidak boleh dibuat bagi situasi seperti berikut:
  • Melaporkan jumlah jualan melebihi RM300,000 pada borang permohonan GKP
  • Pasangan telah membuat permohonan berasingan dan lulus GKP bagi perniagaan yang sama
  • Perniagaan didaftarkan pada tahun 2020 atau
  • Perniagaan tidak berdaftar dengan LHDNM/ PBT/ SSM sebelum atau pada 31 Disember 2019.

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk membuat rayuan

Dokumen sokongan yang perlu dimuat naik di Portal GKP oleh pemohon bagi setiap kategori rayuan adalah seperti berikut:

Kod Alasan (01)
Alasan Tidak Lulus : Pekerja melebihi 4 orang
Dokumen : 
  • Borang Pendaftaran Majikan PERKESO / Borang Pendaftaran Pekerja PERKESO / Borang 8A PERKESO / Borang Permohonan Pendaftaran Majikan KWSP / Borang A KWSP / dokumen sokongan yang berkaitan

Kod Alasan (03)
Alasan Tidak Lulus : Tiada pendapatan - perniagaan dianggap tidak aktif
Dokumen : Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod Alasan (05)
Alasan Tidak Lulus : Jualan melebihi RM300,000
Dokumen : Penyata kewangan bagi tahun berakhir 2018/ 2019

Kod Alasan (04)
Alasan Tidak Lulus : VIP/ Individu Berprofil Tinggi
Dokumen :
  • Pengakuan pemohon / surat akuan
  • Dokumen sokongan berkaitan

Kod Alasan (06)
Alasan Tidak Lulus : Pasangan telah lulus
Dokumen : Rujuk jawapan seperti di atas

Kod Alasan (07)
Alasan Tidak Lulus : Tidak berdaftar dengan SSM / LHDNM / PBT
Dokumen : Sijil Pendaftaran Perniagaan

*Setiap permohonan rayuan hanya dibenarkan memuat naik 3 lampiran dokumen sokongan yang bersaiz maksimum 2MB bagi setiap dokumen. Format dokumen yang dibenarkan adalah JPEG, JPG, PDF dan PNG sahaja.

Pembayaran permohonan Rayuan GKP akan dibuat mula 29 Jun 2020 (Isnin)


Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan rayuan GKP boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)  

Post a Comment

Previous Post Next Post