Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019. Termasuk Bandar Anda Juga?

Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019

Pihak PLANMalaysia baru-baru ini telah mengeluarkan senarai 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019. Pengumuman ini selari dengan sambutan Hari Kebahagian Sedunia 2020 yang disambut pada 20 Mac setiap tahun.

Sempena sambutan itulah PLANMalaysia telah menyenaraikan 10 bandar paling bahagia di Malaysia buat julung kali selepas membuat kajian mengikut kriteria bagi membuat pengukuran umum terhadap tahap kesejahteraan penduduk merangkumi tahap kesihatan dan kesejahteraan mental dan fizikal.

10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019

Berikut merupakan senarai 10 bandar tersebut:
  1. Yan, Kedah
  2. Taiping, Perak
  3. Serembang, Negeri Sembilan
  4. Jasin, Melaka
  5. Bandaraya Melaka Bersejarah
  6. Kulai, Johor
  7. Bentong, Pahang
  8. Kuantan, Pahang,
  9. Kuala Terengganu, Terengganu
  10. Jeli, Kelantan

Daripada senarai ini, hanya Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak sahaja tidak tersenarai.

Ini 10 Bandar Paling Bahagia Di Malaysia Bagi Tahun 2019

14 Komponen Utama

PLANMalaysia telah melaksanakan Kajian Indeks Kebahagiaan bermula tahun 2013 sehingga 2019 dengan jumlah keseluruhan responden melebihi 60,000 orang di seluruh Malaysia. Indeks ini membantu PBT mengenalpasti tahap kegembiraan dan kesejahteraan penduduk dalam kawasan bandar dan pentadbiran mereka. kajian ini merangkumi 14 komponen utama, antaranya:
  • Tahap kehidupan dan kesihatan;
  • Kebahagiaan bersama keluarga dan saudara-mara;
  • Keseronokan bekerja;
  • Pengurusan kewangan
  • Hubungan dengan jiran;
  • Aktiviti bersama komuniti;
  • Keselamatan kawasan kediaman;
  • Kemudahan awam dan infrastruktur asas yang disediakan;
  • Perkhidmatan PBT dan pemimpin tempatan; dan
  • Kualiti alam sekitar.

Dengang mengikut krtiteria yang dibuat, maka tersenarailah 10 bandar paling bahagia di Malaysia bagi tahun 2019. Diucapkan tahniah kepada penduduk bandar tersebut termasuk pihak pentadbiran tempatan atau PBT bagi berkhidmat sehabis baik bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik buat semua penduduk di bandar masing-masing.

Post a Comment

Previous Post Next Post