KFC You Soon! Kini Anda Sudah Boleh Makan Di Premis KFC Dengan SOP Yang Ditetapkan

Kini Anda Sudah Boleh Makan Di premis KFC

Dah lebih 3 bulan kan, tak makan atau dine-in di KFC. Jika sebelum ni, biasa tempah KFC melalui online,tapau ataupun secara drive-thru sahaja. Kini anda berpeluang kembali untuk makan di premis KFC, boleh makan panas-panas Ayam Goreng KFC kan.

Sepanjang PKP, PKPB, banyak restoren tidak dibenarkan pelanggan untuk makan atau dine-in di restoren mereka termasuklah KFC di seluruh Malaysia. Ini bagi mengelakkan orang ramai berkumpul dan mungkin boleh menyebabkan penularan COVID-19.

Tapi sejak PKPP inilah, banyak aktiviti perniagaan dan banyak premis mula membuka semula tempat makan untuk menerima pelanggan makan di restoren mereka. Tetapi bersyarat, restoren atau kedai makan tersebut mesti adakan SOP seperti yang ditetapkan oleh pihak KKM dan MKN.

Tanpa berlengah lagi, KFC tampil dan sahut cabaran kerajaan bagi mengikuti semua SOP yang ditetapkan bagi menerima semula pelanggan untuk makan di outlet KFC bagi seluruh Malaysia.

Jom Makan Ayam Goreng Di KFC

Jadi baru-baru ini, KFC sudah umumkan di facebook rasmi mereka, kini mereka telah membuka semula tempat makan dan menerima dine-in bagi semua pelanggan mereka. Tetapi dengan tata cara yang ditetapkan selari dengan SOP daripada pihak Kerajaan.

Pastikan jarak 1 meter ketika beratur membeli makanan. 2 meter jarak antara kerusi. Ada bahagian meja yang ditandakan bagi tujuan penjarakan sosial. Sebelum memasuki premis, perlu daftar kehadiran, ambil suhu badan dan hanya membenarkan beberapa pelanggan sahaja masuk bagi mengelakkan crowded place. Baca lanjut di kfc.com.my/content/staysafe

Kini Anda Sudah Boleh Makan Di premis KFC

Tapi janga risau, kalau meja dah penuh, anda tetapi boleh bungkus dan tapau untuk bawa balik rumah dan ianya lebih baik.

Sebenarnya, ketika tempoh PKP, ada banyak benda yang merindui kita antaranya meja, kerusi, sos cili, kerusi bayi dan beberapa lagi benda di premis KFC. Sehinggakan ada video khas untuk pelanggan seperti anda bagi datang kembalik untuk dine-in di KFC. KFC You Soon! 


Jadi kalau anda nak dine-in dan makan Ayam Goreng, Zynger Chop, coleslaw boleh datang dan terus makan tau. Yang penting bayar tau.

Rindu betul KFC dengan pelanggan dia, siap buat video KFC You Soon, apa-apa pun terbaik videonya.

Post a Comment

Previous Post Next Post