Kehadiran Kurang Memberangsankan, Menteri Agama, Mengajak Lebih Ramai Imarahkan Masjid Dan Surau Di Wilayah Persekutuan

menteri agama dr zulkifli kecewa

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dimana, Masjid dan Surau boleh dibuka seperti biasa tetapi mesti mematuhi SOP dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kerajaan.

Bermula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini, sudah banyak aktiviti yang dibenarkan beroperasi semula termasuklah rumah-rumah ibadah seperti Masjid. Tetapi pembukaan mestilah mengikuti SOP dan peraturan yang ditetapkan.

Masjid Dan Surah Di Wilayah Persekutuan Kini Mula Dibuka

Bermula 15 Jun, semua masjid dan surau yang berada di dalam kawasan hijau dan kawasan kuning di Wilayah Persekutuan boleh menerima dan melakukan solat jemaah dalam kalangan warga tempatan sahaja.

Masjid dan surau sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dibuka kepada orang ramai dengan kehadiran jemaah mengikut kapasiti 1/3 daripada keluasan masjid. Jadi makin besar masjid, makin ramai jemaah boleh melakukan solat jemaah. 

Tetapi hari ini, Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri meluahkan sedikit kekecewaan melalui Twitter beliau berkaitan kehadiran jemaah di masjid selepas ianya dibenarkan beroperasi.

Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin WP Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan

Dengan luahan itu juga, Dr. Zulkifli menjemput semua orang untuk mula imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan.

Jemput kita imarahkan semula masjid, surau Jumaat dan surau dalam Wilayah Persekutuan bagi yang berhampiran. Pastikan patuhi semua SOP yang ditetapkan.⁣⁣⁣⁣

Jika sebelum ini, ramai yang meluahkan perasaan, tak dapat solat berjemaah dan rindu untuk kembali ke Masjid.

Jadi apa kata, jom beramai-ramai hilangkan rasa rindu tersebut dimana-mana masjid yang menerima jemaah kembali seperti di Wilayah Persekutuan atau masjid dan surau berhampiran anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post