Cara Dapat Potongan Bil Elektrik Sehingga 50% Selama Tempoh PKP

Melalui Pakej Rangsangan PRIHATIN, Kerajaan melalui TNB akan menawarkan potongan atau diskaun sehingga 50% kepada pengguna dosmetik seperti kita selama tempoh PKP.

Cara Dapat Potongan Bil Elektrik Sehingga 50% Selama Tempoh PKP

Perinta Kawalan Pergerakan (PKP) telah bermula sejak 18 Mac 2020 yang lepas dan dijangka akan tamat pada 14 April 2020 jika tidak dipangjangkan kelak. Sejak daripada itu, rakyat Malaysia diarahkan supaya sentiasa berada di rumah bagi membanteras dan memutuskan rantaian COVID-19.

Disebabkan arahan itu, pastinya ramai rakyat terutamanya yang bekerja sendiri kehilangan sumber pendapatan kerana terpaksa duduk dirumah. Justeru itulah, Kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN sebelum ini bagi membantu semua rakyat terutamanya yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP berlangsung.

Antara bentuk bantuan adalah potongan atau diskaun bil elektrik yang mana tawaran sehingga 50% bagi tiap-tiap rumah.

Diskaun Bil Elektrik Sepanjang Tempoh PKP

Cara Dapat Potongan Bil Elektrik Sehingga 50% Selama Tempoh PKP

Tawaran yang diberikan melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah diskaun bil elektrik bagi pengguna domestik atau kediaman seperti kita semua. Bagi tawaran ini, anda tidak perlu memohon kerana ianya akan diberikan secara automatik bagi semua pengguna berdaftar dengan TNB. Diskaun adalah berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bagi tempoh penggunaan mula 1 April hingga 30 September 2020 (6 bulan)

Tawaran diskaun ini adalah berbeza mengikut jumlah penggunaan yang bermula daripada 2% hingga 50%. Ikuti jadual dibawah sebagai rujukan.

Cara Dapat Potongan Bil Elektrik Sehingga 50% Selama Tempoh PKP

Sebagai hipotesisnya, semakin kurang anda gunakan elektrik di rumah, semakin tinggi kadar diskaun yang anda peroleh manakala semakin banyak anda gunakan elektrik di rumah, semakin rendah kadar diskaun yang anda boleh dapat. 

And boleh rujuk jumlah pengguna seperti di dalam jadual. Daripada situ, anda boleh rancang pembayaran anda, adakah anda terima diskaun 2%, 15%, 25% atau 50%.

Tiada Bacaan Meter Selamat Tempoh PKP

Menurut TNB, sepanjang tempoh PKP, operasi bacaan meter dan penghantaran bil fizikal ke premis dan rumah kediaman dihentikan

Jadi bagaimana anda ingin tahu bil semasa anda? Adakah pihak TNB main teka sahaja?

Bil elektrik akan dikira secara anggaran berdasarkan penggunaan bulan sebelumnya. Diskaun bil elektrik pula akan dikira berdasarkan bil anggaran tersebut. Pelarasan bil dan diskaun yang berkenaan akan dibuat setelah bil bacaan sebenar diperolehi.

Disebabkan tiada bil fizikal dihantar ke rumah anda, anda kini boleh semak bil menerusi dalam talian atau online sahaja iaitu melalui :
Butiran penting ketika pendaftaran adalah nombor kad pengenalan, no telefon, nombor akaun bil elektrik dan nama pemilik akaun

Cara Dapat Potongan Bil Elektrik Sehingga 50% Selama Tempoh PKP

Anda boleh layari laman portal TNB PRIHATIN untuk maklumat lanjut

Post a Comment

Previous Post Next Post