Tips Memandu Ketika Hujan Supaya Selamat

Tips Memandu Ketika Hujan Supaya Selamat

Kita mungkin memandu setiap hari menuju dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Mungkin memandu untuk pergi kerja, pergi bercuti atau lain-lain perkara.

Dalam masa perjalanan, tidak boleh tidak kita akan menempuh apa jua cuaca yang datang tiba. Panas ke, hujan ke, ribut ke, kena gerak juga kerana hal penting untuk sampai destinasi.

Dalam cuaca biasa atau panas, pemanduan menggunakan kereta mungkin dengan cara biasa sahaja tetapi berbeza apabila hujan. Banyak perkara yang anda perlu cakna semasa pemanduan walaupun hakikatnya anda memang kena hati-hati setiap masa tanpa mengira cuaca. Jadi jom tengok tips atau panduan memandu ketika hujan supaya selamat sampai ke destinasi

10 Tips Memandu Ketika Hujan

1. Jika sudah hujan atau rasa mungkin dalam perjalanan nanti akan hujan, pastikan cermin kereta disapu sejenis lapisan cecair. Ianya bagi membolehkan pandangan menjadi lebih jelas dan membantu penglihatan. Anda boleh dapatkan cecair tersebut di pasaran.

Boleh beli di Shopee atau Lazada

2. Pastikan minyak kereta mencukupi kerana mengisi minyak dalam keadaan hujan lebat amat tidak selesa dan berbahaya.

3. Nyalakan lampu kenderaan. Tetapi jangan hidupkan lampu kecemasan. Ramai pemandu keliru mengenai perkara ini. Lampu kecemasan hanya apabila anda berada dalam kecemasan atau anda berhenti di bahu jalan, bukannya apabila anda berada di dalam hujan.

Tips Memandu Ketika Hujan Supaya Selamat

4. Pastikan kedua-dua belah tangan berada pada stereng kereta setiap masa. Ini perlu kerana sekiranya terlanggar lopak air, anda dapat mengawal kenderaan dengan lebih sempurna.

5. Jangan memandu laju. Namun jangan memandu terlalu perlahan. Sebaliknya memandu secara lebih berhati-hati

6. Jangan panik apabila terlanggar lopak air dan jangan brek secara tiba-tiba, kerana ia amat berbahaya dalam keadaan licin.

7. Jarakkan kenderaan di hadapan anda. Amalkan pemanduan yang berhati-hati. Jangan sibukkan diri dengan telefon atau perkara-perkara yang tidak penting. Perhatian anda di jalan raya kerana apa-apa sahaja boleh berlaku lagi-lagi ketika hujan

Tips Memandu Ketika Hujan Supaya Selamat

8. Rancang perjalanan anda. Lebih bagus sekiranya anda mengetahui laluan yang boleh dilalui melalui radio atau melayari laman sesawang pihak lebuhraya seperti PLUS, ANIH dan sebagainya

9. Pastikan tayar berada di tahap terbaik. Tayar yang botak mengundang bahaya pada musim hujan. Tetapi keadaan tayar sepatutnya berada dalam keadaan baik setiap masa, bukan waktu hujan sahaja.

10. Ramai yang mengetahui, kita dikehendaki oleh undang-undang untuk memastikan kereta sesuai di atas jalan raya. Antaranya Rule 95A LN 170/59 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959, iaitu memastikan pengelap cermin dalam keadaan baik dan kesalahan  pengelap cermin tidak diseleggara dalam keadaan baik dan tidak berfungsi dengan sempurna boleh disaman, di mana hukumnya boleh dikompaun.

Post a Comment

Previous Post Next Post