Senarai Hotel Mewah Seluruh Dunia

Senarai Hotel Mewah Seluruh Dunia

Anda nak rasa duduk di hotel mewah, mungkin boleh tengok senarai ini. Hotel mewah yang menyediakan pelbagai fasiliti bertaraf dunia.

Bila anda duduk sini, pastinya akan dilayan seperi raja dengan fasilig terbaik. Anda akan dilayan sebagai raja, sesuai dengan bayaran yang dibuat.

Nanti pergi travel ke negara tersebut, pergi tempat hotel-hotel ni dan nikmatilah. Kalau poket tebal la, kalau tak mampu, jangan nak buat loan plak semata-mata kan. Jom tengok senarai hotel mewah seluruh dunia yang mungkin anda berminat untuk buat tempahan selepas ni.

1. THE PLAZA, NEW YORK

THE PLAZA, NEW YORK

'Suite' yang mempunyai 3 buah bilik tidur dan 3 bilik air yang digayakan dengan gaya Inggeris lama. Dalam suite tersebut turut menempatkan sebuah meja makan formal, sebuah perpustakaan, gim, dapur dan mempunyai akses kepada lifnya sendiri. Hotel ini dibina pada 1907 dan diiktiraf sebagai National Historic Landmark pada 1969

Harga : RM2417/malam via AGODA

2. CUISINART RESORT & SPA, ANGUILLA

CUISIN ARR RESORT & SPA, ANGUILLA

Hotel ini sebetulnya untuk kegunaan pemilikan sahaja namun kemudiannya telah diperbesarkan untuk menerima pengunjung atau pelancong. Spot ini juga sangat digemari selebriti popular Hollywood untuk melarikan diri daripada beban kerja buat seketika.

Harga : RM2793/malam via AGODA

3. SECRET MATQUIS, LOS CABOS

SECRET MATQUIS, LOS CABOS

Hotel ini memberikan pemandangan terbaik di mana pengunjung boleh melihat sendiri perpindahan ikan paus selain menyediakan vila peribadi dengan kolam renang yang sedia terbina di dalamnya

Harga : RM2042/malam via BOOKING

4. HOTEL MARDAN PALACE, TURKI

 HOTEL MARDAN PALACE, TURKI

Dibina oleh bilionair Rusia, Telman Ismailov pada 2009 dengan kos sebanyak USD 1.65 bilion. Hotel Mardan Palace yang terletak di Antalya, Turkin ini menempatkan kolam renang terbesar di Maditerranean yang mana boleh memuatkan seramai 1000 tetamu dalam satu-satu masa.

Harga : RM2117/malam via BOOKING

5. THE BOULDERS, ARIZONA

THE BOULDERS, ARIZONA

Dibina di atas 1300 ekar Gurun Sonoran, hotel ini menggabungkan kemewahan yang dekat dengan alam sekitar. The Boulders turut menempatkan lapang sasat golf dan resort spa yang sangat mewah buat pengunjungnya. Selain itu terdapat sebuah vila peribadi yang kebiasannya ditempah selebriti Hollywood.

Harga : RM727/malam via BOOKING

6. THE WESTIN EXCELSIOR, ROME

THE WESTIN EXCELSIOR, ROME

Dibina pada 1906, The Westin Excelsior, Rome terletak megah di daerah Via Veneto. Hiasan dalaman hotel ini menggunakan tema Inggeris gaya lama yang dilengkapi dengan gajet berteknologi tinggi. Selain itu, ia turut menempatkan bilik fitness sendiri, sauna, jakuzi selain bilik makan formal untuk suite paling mahal di hotel ini

Harga : RM3963/malam via BOOKING

7. ATLANTAS PARADISE ISLAND, BAHAMAS

ATLANTAS PARADISE ISLAND, BAHAMAS

Hotel ini dibina dengan keluasan 141 ekar dan tersergam megah di Bahamas. Royal Tower Bridge Suite yang terletak di aras 23 merupakan suite yang paling mahal dan menarik kerana menempatkan bilik makan dengan lilin emas 22 karat menghiasi bilik tersebut, selain daripada tujuh staf hotel yang setia melayan tetamu dalam suite tersebut sepanjang masa!

Harga : RM1139/malam via BOOKING

8. EMIRATES PALACE, ABU DHABI


Dengan kos keseluruhan pembinaanya mencecah USD 3 bilion, Emirates Palace mempunyai 394 bilik dan suite, 40 bilik meeting dan conference, pantai pasir putih dan 1000 lilin kristal mewah menghiasi hotel mewah ini.

Harga : RM 1067/malam via AGODA

Post a Comment

Previous Post Next Post