5 True Wireless Earbuds Harga Bawah RM100 Yang Anda Boleh Cuba

Anda bercadang nak dapat sebuah True Wireless Earbuds tapi nak murah dan berkualiti, mungkin anda boleh lihat 5 senarai TWS ini yang harga bawah RM100.

5 True Wireless Earbuds Harga Bawah RM100 Yang Anda Boleh Cuba

Sekarang ni rasanya wireless earphone sudah menjadi pengganti kepada earphone biasa berwayar. Ini kerana, lama kelamaan, banyak peranti sudah membuang lubang 3.5 handphone jack. Jadi earphone berwayar semua ni dah taboleh guna. Jadi tidak boleh tidak, anda kena guna earphone type-C atau earphone lightning bagi iPhone yang pasti menganggu bila anda nak charge.

TWS ni sekarang dan banyak di pasaran, cuma pandai pilih je. Ada yang murah, ada mahal dan pelbagai lagi. Jadi kalau anda bercadang untuk dapat sebuah wireless earphone bajet, anda boleh lihat sini senarai 5 TWS harga bawah RM100 dengan kualiti yang baik juga.

1.   Redmi Airdots

Redmi Airdots

Redmi Airdots merupakan TWS keluaran Xioami yang dapat recommendation banyak daripada reviewer Malaysia sekali pun luar negara. Dengan harga bawah RM100, anda boleh dapatkan sebuah tws yang baik dan berkualiti. 

Bluetooth : 5.0 | Sambungan : Micro USB | Charging box : 300mAh | Play-Time : 4 Jam

Pros
  • Ketahanan bateri
  • Touch sensor
  • Selesa
Cons
  • Kualiti microfon

Info lanjut :   SHOPEE/Icon/button   LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

2.   Baseus Encok W04

Baseus Encok W04

Baseus Encok W04 merupakan TWS yang juga anda boleh dapatkan bawah RM100. Bentuk seakan apple airpods tetapi menawarkan pilihan warna hitam dan nampak elegen. Kualiti bunyi bagi hellokerja sama seperti kualiti earpods. Cukup baik.

Bluetooth : 5.0 | Sambungan : USB Type-C | Charging box : 400mAh | Play-Time : 4 Jam

Pros
  • Bentuk yang menarik
  • Menawarkan sambungan Type-C
  • Kualiti yang baik
  • Mempunyai pilihan wireless charging
Cons
  • Tidak dijual di Malaysia (kami ada sediakan link untuk anda beli di tempat yang kami pernah beli sebelum ini)

Info lanjut :   SHOPEE/Icon/button   LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info


3.   Haylou GT1

Haylou GT1

Katanya Haylou GT1 ini juga dibawah syarikat Xiaomi tapi tak tahu kepastiannya. Seperti Haylou ini underrated dan ramai cadangkan better beli ini daripada redmi airdots. Kualiti bunyi yang sedikit baik daripada yang lain. Mungkin ini juga menjadi pilihan jika berminat TWS di bawah RM100

Bluetooth : 5.0 | Sambungan : Micro USB | Charging box : 310 mAh | Play-Time : 4 Jam

Pros
  • IPX5 kali air
  • DSP noise reduction
Cons
  • Masih menggunakan sambungan Micro USB
  • Tiada indikator bateri

Info lanjut :   SHOPEE/Icon/button   LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

4.   QCY T1C

QCY T1C

Satu lagi reka bentuk yang seakan sama seperti airdots dan Haylou iaitu daripada QCY T1C. Yang pastinya memberikan sound isolation yang baik. Jika anda berminat dengan rekaan kompak seperti ini dibawah RM100, anda boleh juga cuba TWS daripada QCY T1C ini.

Bluetooth : 5.0 | Sambungan : Micro USB | Charging box : 380 mAh | Play-Time : 4 Jam

Pros
  • Sambungan secara automatik bila earbuds dikeluarkan daripada pod pengecasan
  • Kualiti bunyi yang baik
Cons
  • Tiada bass kedengaran
  • Kualiti reka bentuk yang nampak murah
  • Tiada penutup pada pod pengecasan. Risiko habuk untuk masuk

Info lanjut :   SHOPEE/Icon/button   LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

5.   SonicGear TWS1

SonicGear TWS1

Kali ini sekali lagi bentuk earbuds yang seakan airpods yang mempunyai tangkai. Kita sudah biasa dengan jenama SonicGear yang mengeluarkan produk speaker sebelum ini. Kali ini mereka cuba untuk TWS melalui SonicGear TWS1.

Bluetooth : 5.0 | Sambungan : Micro USB | Charging box : 450 mAh | Play-Time : 6 Jam

Pros
  • Boleh mengubah volume hanya di earbuds
  • Masa-bermain yang lama sehingga 6 jam
Cons
  • Saiz earbuds sedikit besar
  • Masih menggunakan micro USB

Info lanjut :   SHOPEE/Icon/button   LAZADA/Icon/button/#367DC4 alert-info

Post a Comment

Previous Post Next Post