Lihat Kreatifnya Rakyat Malaysia Apabila Baju Batik Menteri Keselamatan Jadi Kuih Muih

Lihat Kreatifnya Rakyat Malaysia Apabila Baju Batik Menteri Keselamatan Jadi Kuih Muih

Setiap hari, rakyat Malaysia akan menunggu 2 sidang media yang disiarkan di TV iaitu sidang media daripada Menteri Kanan (Keselamatan) dan sidang media daripada DG Hisham wakil daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kita menunggu sidang media daripada DG Hisham bagi ketahui kemaskini terbaru statistik jangkitan COVID-19 di Malaysia manakala sidang media daripada Menteri Kanan (Keselamatan) iaitu daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan keselamatan selama tempoh PKP berlangsung.

Lihat Kreatifnya Rakyat Malaysia Apabila Baju Batik Menteri Keselamatan Jadi Kuih Muih

Tetapi disebalik sidang media tersebut, rakyat Malaysia, merek menunggu sidang media Menteri Keselamatan kerana nak tahu pakaian atau baju apa yang akan dipakai pada hari tersebut. Ini kerana, mereka nampak baju batik yang dipakai oleh beliau seakan gambaran kuih muih yang sedap dan enak untuk dimakan.

Anda boleh lihat daripada perkongsian kreatif di facebook daripada DakuCing Ku bagaimana beliau samakan baju batik yang dipakai oleh Datuk Seri semasa sidang media dengan kuih muih.


Sekali pandang..cantik2 baju batik Datuk Seri Ismail Sabri pakai. 2x pandang nampak menyelerakan lagi2 bila tengok masa tgh puasa.. terliur la pulak!

"Sabar keh kepada sesiapa yang melihat ketika puasa tu. Jangan terliuar plak"

Post tersebut dapat perkongsian lebih 45 ribu Share dengan 5.8 ribu komen di facebook. Rata-rata memberikan komen yang baik dengan gambaran gurayan semata-mata.

Tapi bagaimana pula dengan riaksi Menteri Kanan (Keselamatan) sendiri? Adakah beliau marah? Datuk Seri anda memberi respon di Instagram beliau sendiri.


Terima kasih warga net kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat malaysia - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob


Selain itu, beliau juga berharap, beliau boleh menjadi model batik Malaysia dengan mempromosikan lebih banyak produk Malaysia. Salah satu daripada batik yang dipakai adalah daripada Tenunan Royak Pahang hasil daripada @jovianmandagie


Inilah kreatifnya rakyat Malaysia, dalam keadaan getir melawan pandemik tetapi masih sempat juga mencari ruang untuk menghiburkan hati, takdalah nak tegang je sepanjang tempoh PKP ni kan. Syabas rakyat Malaysia.

Post a Comment

Previous Post Next Post