Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020

PKPB Dilanjutkan Sehingga 9 Jun 2020

YAB Perdana Menteri telah umumkan dimana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 12 Mei ini akan dilanjutkan 4 minggu lagi sehingga 9 Jun 2020 dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum ini.

Dalam pengumuman khas sebentar tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan PKPB disebabkan pandemik COVID-19 masih belum redha dan tiada vaksin lagi ditemui. Justeru itu, keputusan ini harus dibuat bagi mengelakkan jangkitan secara berluasa.

Dalam ucapan beliau, beberapa intipati perkara penting diumumkan antaranya adalah rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas negeri untuk pulang ke kampung bagi menyambut hari raya tetapi bagi asangan suami isteri yang tinggal di negeri berasingan kerana faktor kerja akan diberi kelonggaran untuk membuat perjalanan rentas negeri. Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi Gerak Malaysia atau datang sendiri ke balai polis terdekat

Selain itu juga, SOP bagi Solat Jumaat di masjid dan tempat-tempat ibadah lain sedang diperhalusi bagi membuka kembalik masjid dan rumah ibadah kelak.

Tambahan lagi, YAB Perdana Menteri meluahkan rasa kecewa bila ada rakyat Malaysia yang tidak berjaya menerima bantuan BPN seperti yang diumumkan oleh Kerajaan sebelum atas pelbagai alasan. Justeru itu, sekali lagi tempoh rayuan akan dibuka sehingga 31 Mei 2020 bagi mereka yang gagal dalaam permohonan ini. Boleh hantar emel atau hadir dimana-mana kaunter LHDN bermula Isnin ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post