Antara Negeri Yang Menangguhkan PKPB Bermula 4 Mei Ini

8 Negeri Yang Menangguhkan PKPB Bermula 4 Mei Ini

Melalui perutusan khas daripada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberitahu, bermula 4 Mei 2020, Kerajaan memperuntukkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBD) bagi seluruh Malaysia.

Perintah ini masih berada di dalam tempoh PKP Fasa 4 sehingga 12 Mei ini tetapi dilonggarkan tetapi bersyarat. Syarat yang ditetapkan adalah dengan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang dikeluarkan oleh KKM dan MKN.

Antara kelonggaran yang diberi adalah membenarkan hampir seluruh aktiviti perniagaan beroperasi seperti biasa. Memberi kebenaran rakyat untuk merentas negeri bagi pulang ke kediaman untuk mula bekerja dan sebagainya. Untuk ketahui lebih lanjut dan kemaskini SOP, anda boleh ikuti di siaran Telegram MKN

Jadi disebabkan PKPB ini adalah pelaksanaan SOP baharu, ada beberapa negeri yang tidak bersetuju berkaitan ini dan mahukan PKP biasa diteruskan. Negeri tersebut mengambil inisiatif sendiri tetapi masih mengikut peraturan asal daripada PKP itu sendiri. Seperti yang dilaporkan oleh SinarHarian terdapat 8 negeri yang tangguh laksana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Sabah

Kerajaan Sabah memutuskan untuk tidak melaksanakan PKPB dan mengekalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 4 yang akan berakhir pada 12 Mei ini

Sarawak

Sarawak belum bersedia melaksanakan kelonggaran menerusi PKPB. Kerajaan Negeri perlu mengkaji dengan teliti sebelum membenarkan sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial

Selangor

Selangor memutuskan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuia (PKPBD) bermula esok. Pelaksanaan PKPBD dengan pertambahan perincian itu membabitkan perniagaan makanan, industri pembinaan dan sektor sosial.

Negeri Sembilan

Hanya sektor ekonomi dibenarkan boleh operasi manakala sektor sosial dan aktiviti sukan tidak dibenarkan dalam tempoh PKPB. Restoren, kedai makan dan premis makan berlesen yang boleh operasi tidak dibenarkan makan di premis (dine-in), sebaliknya hanya perkhidmatan pembelian makanan dibawa pulang, penghantaran dan pandu lalu.

Kedah

Kerajaan negeri akan memperhalusi syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti bagi memastikan ia sesuai mengikut keperluan negeri ini.

Pahang

Kerajaan Pahang menangguhkan pelaksanaan PKPB sehingga keputusan dicapai pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Keraj Keselamatan Negeri, Jumaat ini.

Kelantan

Kerajaan Kelantan akan memperhalusi garis panduan PKPB dan sesuaikan penggunaanya sebelum membuat keputusan pada khamis ini.

Pulau Pinang

Pulau Pinang tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 4 Mei 2020. Hanya pihak atau syarikat yang dibenarkan beroperasi atau bekerja pada PKP fasa 1, 2 dan 3 sahaja dibenar bagi meneruskan pergerakan masing-masing tanpa perubahan, termasuk pengangkutan awam.

Bagi yang tidak tersenarai dalam PKP ketiga-tiga fasa itu, penguatkuasaan serta pengoperasian adalah berasaskan 'Strategi Pemulihan Berperingkat Pulau Pinang' bermula pada 8 Mei ini bagaimanapun, pengumuman lanjut berhubung perkara ini itu akan dibuat kelak.

Terengganu

Kerajaan Terengganu akan melaksanakan PKPB bermula 4 Mei. Perubahan pada PKPB supaya kembali lebih ketat sekiranya pematuhan prosedur operasi standard (SOP) adalah di tahap rendah dan memberi kesan pada status kesihatan rakyat.

Perak

Kerajaan Negeri Perak akan guna pakai SOP pembukaan ekonomi yang diumumkan Kerajaan Persekutuan dengan penangguhan operasi bagi sektor makanan dan riadah.


sumber : BeritaHarian

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended