Dapatkan Borang "Permit Pergerakan PKP" Bagi Yang Tiada Telefon Pintar

Dapatkan Borang "Permit Pergerakan PKP" Bagi Yang Tiada Telefon Pintar

Pihak PDRM baru sahaja mengeluarkan borang 'permit pergerakan PKP' bagi tujuan pergerakan rentas negeri yang telah diumumkan sebelum ini. Selain itu, PDRM juga memperkenalkan aplikasi Gerak Malaysia versi 2.0 yang terbaru menggantikan aplikasi sebelum ini.

Jadi jika anda sudah muat-turun aplikasi versi 1.4 sebelum ini, anda hanya perlu update sahaja ke 2.0. Dapatkan maklumat berkaitan aplikasi Gerak Malaysia dan cara memohon seperti yang dikongiksn di pautan ini.

Aplikasi Gerak Malaysia

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, permohonan ini hanya dibenarkan kepada 2 golongan sahaja iaitu :
  1. Orang ramai yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing, dan
  2. Bagi mereka yang hendak kembali ke tempat kerja sahaja.

Selain daripada itu, anda tidak perlu untuk memohon dan tidak dibenarkan memohon menggunakan aplikasi Gerak Malaysia ini.

Dapatkan Borang "Permit Pergerakan PKP" Bagi Yang Tiada Telefon Pintar

Borang Manual "Permit Pergerakan PKP"

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat akses internet atau tiada telefon pintar untuk muat-turun aplikasi Gerak Malaysia tersebut? Jangan risau, PDRM memberikan pilihan iaitu membuat permohonan secara manual melalui borang "Permit Pergerakan PKP".

Untuk memohon, ikuti tatacara yang sama dikongsikan oleh PDRM di media sosial facebook mereka seperti dibawah:
  1. Memuat turun borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" di Media Sosial Rasmi PDRM (gambar di bawah),
  2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan,
  3. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang, dan
  4. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

Bagi mana-mana individu yang langsung tidak mempunyai kemudahan telefon pintar atau rangkaian internet pula, mereka dikehendaki menelefon mana-mana Balai Polis terdekat untuk membuat temu janji bagi mengisi borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" yang telah disediakan.

Dapatkan Borang "Permit Pergerakan PKP" Bagi Yang Tiada Telefon Pintar
[Download borang ini]

PDRM juga telah mengeluarkan tarikh dan jadual pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:
  • Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis)
  • Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat)
  • Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu)
  • Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja. Borang "Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)" boleh dimuat turun menerusi imej di atas.


Pautan asal : facebook PDRM

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended