Nak Buat Cheezy Ala-Ala KFC Gitu, Jom Tengok Resepi Ini


Biasa pergi KFC, mesti nak order Cheezy Wedges kan. Sebab katanya, cheezy KFC ni sedap sangat berbanding cheese di restoren-restoren lain. Jadi apa kata, daripada kita beli, kita buat sendiri ikut resepi cheezy ala KFC ni.

Jadi kalau anda dah dapat buat cheezy ni nanti, boleh la makan dengan wedges ke, fries ke atau apa-apa makanan kan. Resepi dah ada, nak atau taknak sahaja nak buat kan. Dengan beberapa bahan, pastinya anda mampu untuk buat cheezy ala-ala KFC ni.

Resepi Cheezy ala KFC

Anda nak buat cheezy ni tak perlu guna serbuk cheese yang dah siap tu. Boleh buat sendiri je. Jom tengok bahan-bahan dan cara memasak


Bahan-Bahan

  • Butter 1/2 ketol
  • Susu cair 1/2 tin
  • Tepung gandum 1 sudu besar, bancuh dengan sikit air
  • Cheese 4 keping
  • 1 sudu kecik serbuk lada hitam
  • Pewarna kuning
  • 1 ketol Kuib ayam
  • Sedikit garam

Cara Memasak

1.   Cairkan butter, kemudian masukkan susu cair, tepung dan gaul rata


2.   Kemudian masukkan cheese, kacau lagi pastu masukkan serbuk lada hitam, kuib ayam, garam dan pewarna. Kacau hingga sebati


3.   Tambah sedikit air jika anda rasakan ianya telalu pekat


4.   Dah siap! boleh buat makan dengan pelbagai juada, burdger, fries, wedges, nugget dan macam-macam lagi. Selamat mencuba!


sumber : Are Peace dan Mizsa Mi

Post a Comment

Previous Post Next Post