Antara Filem Terbaik Pengarah Terbaik Oscar, Bong Joon Ho Selain Daripada Parasite

Antara Filem Terbaik Pengarah Terbaik Oscar, Bong Joon Ho Selain Daripada Parasite

Pada awal tahun 2020, sejarah tercipta dimana filem Asia pertama ditabal sebagai Filem Terbaik Oscar melalui Parasite. Lebih menarik lagi, pengarah filem itu tersebut juga memenangi Pengarah Terbaik Oscar melalui Bong Joon Ho.

Sebenarnya Parasite bukan memenangi anugerah tersebut, tetapi banyak lagi anugerah filem yang dimenangi sepanjang 2019 dan 2020. Jika di Malaysia sebelum ini, telah ditayangkan 2 kali iaitu sebelum memanangi Anugerah Oscar dan selepas memenanginya.

Jadi jika anda ingin tonton Parasite, anda boleh cuba trial daripada Hulu secara percuma. Jika berminat untuk filem-filem seterusnya, anda boleh dapatkan akaun premium Hulu, Viu, Amazon dan beberapa lagi platform streaming lain. (Netflix takda lagi rasanya)

Sebenarnya, selain daripada filem Parasite, Bong Joon Hoo juga ada mengarah beberapa filem terbaik lain lagi. Kebanyakkan filem-filem ini juga terkenal sama ada di Korea dan serata dunia. Jom kita tengok senarai filem lain daripada beliau.

1.   Barking Dogs Never Bite (2000)

Barking Dogs Never Bite

Filem Barking Dogs Never Bite menjadi debut kepada pengarah Bong Joon Ho dalam dunia perfileman. Filem misteri komedi ini menceritakan kisah anjing-anjing yang hilang dan akhirnya melibatkan pelakon utama tersebut terlibat dengan kes tersebut. Untuk menontonnya, mungkin anda boleh stream di Hulu dan cuba secara trial terlebih dahulu.

2.   Memories of Murder (2003)

Memories of Murder

Berlatarbelakangkan tahun 1986 di sebuah wilayah kecil di Korea Selatan, dua orang detektif bernama Park dan Cho ditugaskan untuk menyiasat dua kes pembunuhan, di mana mangsanya ialah wanita yang dirogol sebelum dibunuh oleh si pelaku yang tidak dikenal pasti. Detektif muda Seo menyertai mereka dalam penyiasatan tersebut dan mereka bertiga mula menyedari bahawa mereka sedang memburu pembunuh bersiri yang pertama kali direkodkan di negara itu. Mungkin boleh cuba tonton di Amazon jika berminat.

3.   The Host (2006)

The Host (2006)

Filem seterusnya menggunakan sedikit khidmat CGI daripada Bong Joon Ho. Sebuah monster yang muncul dari sungai Han dan membuat kekacauan. Seorang ayah, Park Gang-Doo (Song Kang-Ho) mencari anak perempuanya yang diculik oleh monster dengan bantuan dari keluarganya. Filem ini telah ditayangkan pada 2006 dan mendapat antara kutipan filem tertinggi di Korea Selatan. Anda saksikan di Netflix bermula sekarang

4.   Mother (2009)

Mother (2009)

Filem ini menceritakan bagaimana seorang anak sakit mental terpalit dengan tuduhan membunuh seorang gadis dan ibunya berusaha untuk selamatkan anaknya tersebut daripada dituduh membunuh. Filem ini juga mendapat kejayaan membanggakan daripada Bong Joon Ho. 

5.   Snowpiercer (2013)


Kali ini filem sci-fiction bertajuk Snowpiercer arahan daripada Bong Joon Ho. Filem ini menceritakan tentang masa depan di mana satu eksperimen terkawal untuk menghentikan pemanasan global telah menyebabkan berlakunya kecairan ais yang telah mengorbankan hampir semua kehidupan di planet ini. Satu-satunya mangsa yang teselamat adalah penduduk dari `Snowpiercer`. Lama kelamaan sistem kasta berkembang di kereta di kereta api itu, dengan golongan elit duduk di barisan hadapan manakala penduduk miskin duduk di belakang kereta api. Bosan dengan syarat-syarat itu, mereka meberontak dan cuba untuk merampas kereta api itu yang mana pada masa itu golongan atasan di anggap suci. Anda boleh tonton di Netflix.

6.   Okja (2017)

Okja (2017)

Rasanya pengguna Netflix terutamanya pasti tahu akan filem Netflix Original ini. Filem ini mengisahkan seorang babi gergasi Okja yang sudah rapat bersama pemiliknya Mika dan akhirnya terpaksa di bawa ke New York daripada Korea. Bagaimana agaknya pengakhirannya. Sebab ini merupakan filem Netflix Original, anda boleh tonton di Netflix. Ini juga antara filem Netflix terbaik.


Jadi anda boleh juga tonton filem arahan Bong Joon Ho ini selain daripada filem Parasite ini. Filem mana nak tengok ni?


sumber : techradar

Post a Comment

Previous Post Next Post