Oh Rupanya Macam Tu Nak Sebut 'X Æ A-12' Anak Elon Musk

Oh Rupanya Macam Tu Nak Sebut 'X Æ A-12' Anak Elon Musk

Pada 4 Mei yang lepas, Elon Musk telah menerima cahaya mata lelaki bersama pasangannya Claire Boucher (Grimes) dan telah memberi nama kepada anaknya dengan nama yang unik iaitu X Æ A-12 selepas mengumumkan di laman twitter beliau.

Sejak diperkenalkan nama anak beliau, ramai tertanya-tanya betul ke nama anaknya? Jika betul macam mana la agaknya untuk sebut namanya? Boleh ke di daftarkan dengan ada simbol di dalam sebuah nama? Jadi hari ini, Elon Musk telah muncul di sebuah rancangan The Joe Rogan Experience yang anda boleh saksikan di Youtube.



Yang menariknya temu rama tersebut selama 2 jam dan permulaan program, pengacara telah menanyakan kepada Elon Musk bagaimana nak sebut nama anak beliau? Jadi Elon Musk telah menjawab dengan tenang “X Ash A 12” The X is just “X” and the A-12 is just “A 12.”

Beliau menambah lagi, sebenarnya nama tersebut telah diberi oleh pasangan beliau, Grimes. Selain itu juga, Grime ada berkongsikan maksud disebalik nama anaknya di laman twitter milik beliau. Bersamanya juga, Elon Musk memberitahu maksud A 12 adalah diambil berdasarkan Archangel-12  precusor kepada SR-71 yang merupakan pesawat kegemaran mereka.


Agaknya lepas ke X Æ A-12 di daftarkan nanti? Ini kerana di California, syarat pendaftaran nama anak mestilah tidak mempunyai nombor, nombor roman, dialek, tanda, simbol atau emoji. Daripada nama tersebut sepertinya membuat simbol dan pastinya tidak dibenarkan untuk di daftarkan, seperti yang dilaporkan oleh Guardian

a-12 elon musk


sumber : theverge

Post a Comment

Previous Post Next Post