Kini Anda Boleh Dapatkan 'Mikro' Puzzle Keseluruhan Warna Putih Di Amazon

Kini Anda Boleh Dapatkan 'Mikro' Puzzle Keseluruhan Warna Putih Di Amazon

Ini memang berita baik untuk peminat permainan Puzzle ni, kerana anda boleh dapatkan  'mikro' Puzzle dengan gambar keseluruhan warna putih di Amazon. Katanya lebih 1000 puzzle yang perlu anda cantumkan untuk bentuk sebuah gambar PUTIH.

Ini lah sebenarnya antara benda pelik yang anda boleh jumpa dan jika berminat, boleh beli di website e-dagang terbesar dunia, Amazon. Kita biasa, kalau beli permainan puzzle, kita akan cantum-cantum mengikut gambar yang disediakan. Mungkin gambar superhero, kereta, makanan, tempat terkenal dan gambar-gambar lain. Tetapi kali ini sedikit berbeza, kerana gambar yang disediakan adalah gambar sepenuhnya warna putih.

'Mikro' Puzzle Keseluruhan Warna Putih Daripada Amazon

Mikro menunjukkan saiz puzzle itu kecil dan katanya jumlah keseluruhan adalah 1000 keping untuk anda cantumkan. Lebih mengerikan lagi, semuanya warna putih, jadi macam mana nak ikut panduan untuk cantuk puzzle ni agaknya kan.

Jika berminat anda boleh dapatkan produk Beverly Micro Pure White Hell Jigsaw Puzzle (1000 Piece) di Amazon dengan harga $75.62 (~RM325) termasuk kos shipping ke Malaysia. Saiz yang ditawarkan adalah saiz 38 x 26cm.

Kini Anda Boleh Dapatkan 'Mikro' Puzzle Keseluruhan Warna Putih Di Amazon

Jika tidak berminat dengan warna putih, ada juga warna lain ditawarkan. Anda boleh dapatkan permainan Puzzle keseluruhan dengan warna hitam juga. Dengan seller yang sama, anda cari Beverly Micro Black-Hell Jigsaw Puzzle (1000 Micro Pieces) di Amazon dengan harga $48.44 (~RM209) termasuk kos shipping ke Malaysia.

Tapi menurut reviewer yang sudah membeli warna hitam ni, katanya disediakan patern dibahagian belakang kotak tersebut. Jadi anda boleh ikut sahaja panduan yang disediakan.

Jadi jika anda mahukan cabaran, mungkin boleh beli 'mikro' puzzle putih atau hitam ni. Musim PKP pula ni, banyak masa di rumah, boleh la beli.


sumber : insider

Post a Comment

Previous Post Next Post