Qatar Airways Hadiahkan Tiket Penerbangan Percuma Kepada 'Frontliners' Dan Cara Memohon

Qatar Airways Hadiahkan Tiket Penerbangan Percuma Kepada 'Frontliners' Dan Cara Memohon

Qatar Airways mengumumkan berita gembira, dimana mereka akan beri hadiah tiket penerbangan secara percuma kepada seluruh frontliners seluruh dunia. Tiket percuma ini diberi kepada 100,000 petugas barisan hadapan.

Hadiah ini akan diberi kepada kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti pandemik COVID-19.

Qatar Airways akan mula beroperasi tidak lama lagi selepas terpaksa berhentikan penerbangan disebabkan pandemik ini yang melanda seluruh dunia

Tawaran Tiket Percuma Dariapda Qatar Airways

Qatar Airways Hadiahkan Tiket Penerbangan Percuma Kepada 'Frontliners' Dan Cara Memohon

Tawaran ini akan diberi kepada Doktor, Nurse, Medical Practitioner, Paramedic, Lab Technician, Pharmacist dan Lab Researcher seperti yang dipaparkan di laman web Qatar Airways. Anda boleh mula memohon bermula 12 Mei sehingga 18 Mei 2020 di pautan dibawah


Antara tawaran yang diberi adalah :
  1. Akan diberi 2 tiket ekonomi pergi dan balik ke mana sahaja destinasi seluruh dunia yang dikendalikan Qatar Airways
  2. Menerima diskaun 35% Qatar Duty Free outlets, Hamad International Airport di Doha

Jika anda menerima kod promosi ini kelak, pastikan anda membawa employment card ketika travel. Ianya tujuan verifikasi. Cepat mohon dan dapatkan kod promosi tersebut di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes

Post a Comment

Previous Post Next Post