Sempena Hari Guru. Jom Tengok 5 Senarai Filem Tentang Guru Dan Pendidik

5 Senarai Filem Berkaitan Guru Dan Pendidik

Sempena Hari Guru, disini disenaraikan 5 buah filem tempatan dan antarabangsa tentang guru, pendidik dan anak murid menempuh pelbagai dugaan dan ujian dalam dunia pendidikan di zaman sekolah.

Guru merupakan pekerjaan yang mulia dimana, merekalah yang bertanggungjawab mendidik anak bangsa menjadi seorang manusia yang berguna di masa hadapan. Tanpa guru yang berdedikasi, pastinya anak murid juga tidak mudah untuk mencapai cita-cita yang dihajati.

Jadi, bagi mendapatkan kisah inspirasi yang mungkin boleh mengambalikan zaman silam ketika belajar ataupun kepada murid atau pelajar yang sedang belajar sekarang. Sedikit sebanyak filem-filem ini akan memberi semangat kepada para pendidik khususnya guru bagi terus mendidik anak bangsa sehingga berjaya.

Jom kita tengok, 5 filem tempatan dan antarabangsa berkaitan guru dan pendidik yang berdedikasi bersama anak murid mereka.


Raatchasi (2019)

Raatchasi

Filem Raatchasi mengisahkan seorang guru besar yang ditukarkan ke sekolah pedalaman yng dhaif di sebuah daerah di India bagi menaikkan semula sekolah tersebut. Cikgu Geetharani bertanggungjawab untuk kembalikan sekolah itu ke tahap yang lebih tinggi apabila rata-rata masyarakat setempat mengambil kesempatan terhadap sekolah tersebut. Pelbagai ujian yang terpaksa ditempuhi oleh cikgu Geetha sehinggakan dipenjara. Tetapi demi pelajar-pelajarnya, beliau sanggup bersabar dan terus berjuang untuk pastikan mereka berjaya di dalam setiap peperiksaan.

Filem ini pernah viral pada 2019 di Malaysia apabila, mantan Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee telah menjadikan filem ini sebagai inspirasi kepada sistem pendidikan di Malaysia. Anda semua kena tengok filem ni.

Super 30 (2019)

Super 30

Filem lakonan Hrithik Roshan sebagai Anand Kumar merupakan sebuah filem di inspirasikan daripada kisah benar apabila seorang pendidik genius sanggup tinggalkan kerjaya glemor demi mendidik pelajar miskin berpotensi secara percuma. Anand Kumar keluarkan segala perbelanjaan bagi menyara 30 murid genius ini untuk berjaya dan memasuki Institut terkenal di India, Institut Teknologi India (IIT). Sepanjang sesi pembelajaran, beliau diasak dengan pelbagai ugutan sehingga ditikam oleh mereka yang dengki dengan sistem pembelajaran percuma yang diberi. Inilah kisah 30 murid bersama gurunya dengan filem Super 30.

Adiwiraku (2017)


Seorang guru perempuan terpaksa dihantar ke sekolah pedalaman di daerah di negeri Kedah. Ini merupakan filem adaptasi semula daripada kisah benar seorang guru di sekolah tersebut. Cikgu Cheryl bersungguh mendidik anak murid kelasnya untuk menyertai pertandingan 'choral speaking'. Dalam masa tersebutlah, beliau mengetahui pelbagai kisah susah anak muridnya.

Filem ini telah menjadi filem terbaik di dalam Anugerah Skrin 2016 beserta pelakon terbaik daripada filem tersebut juga iaitu Sangeetha Krisnasamy. Masih menunggu Adiwira 2 pula lepas ni.

Sakit Itu Sementara, Kegemilangan Itu Selamanya

Teacher’s Diary (2014)

Teacher’s Diary

Sebuah filem Thailand yang berlatarkan sekolah dhaif di tepi sungai. Mengisahkan seorang cikgu (Ann) yang tidak mahu ditukarkan ke sekolah pedalaman tersebut dan juga seorang guru (Song) yang tidak kisah asalkan boleh bekerja dan mengajar. Tetapi sebagai seorang guru, mereka ikhlas mengajar di tempat tersebut walaupun dalam serba kekurangan. Filem ini juga diselitkan dengan drama percintaan antara 2 cikgu tersebut. Filem Thailand tidak pernah mengecewakan.

Laskar Pelangi (2008)

laskar pelangi

Filem Laskar Pelangi daripada Indonesian ini diadaptasi daripada novel yang menggunakan judul yang sama, karya Andrea Hirata. Filem menarik ini mengisahkan 10 pelajar Melayu di sekolah rendah Muhammadiyah di pulau Belitung . Peristiwa zaman sekolahan diceritakan secara terpeinci dan diadun dengan bunga-bunga bahasa dan maklumat sedunia. 'Laskar Pelangi' menggambarkan sekumpulan pelajar di luar bandar, miskin dan tidak dipedulikan. Guru Besar sekolah itu, Pak Harfan hampir sahaja menutup sekolah itu kerana pelajarnya cuma 9 orang. Mujurlah di saat-saat akhir , muncul pelajar baru pindah, Harun. Satu-satunya guru di sekolah itu ialah Ibunda Guru bernama Bu Mus. 

Filem ini baik untuk dibaca oleh para guru kerana teknik pengajaran dan pembelajaran yang digunakan mungkin dapat diterapkan ketika P&P. Karya asal daripada novel sepertinya lebih menarik daripada adaptasi filem tersebut.


sumber : pendidikan4all

Post a Comment

Previous Post Next Post