Cara Memohon Melalui Aplikasi Gerak Malaysia Bagi Pergerakan Rentas Negeri

Sepanjang PKP, jika anda ingin bergerak merentasi negeri, anda perlu memohon kebenaran daripada pihak Polis. Jadi kali ini, anda dibenarkan untuk membuat pergerakan melalui SOP yang telah disediakan oleh pihak Polis.

aplikasi gerak malaysia pkp

Tempoh PKP ini, oran ramai tidak dibenarkan untuk keluar rumah tanpa sebab muhasabah dan jika ditangkap, anda akan didakwa dan dimasukkan ke penjara atau di denda RM1000 bagi setiap individu yang terlibat.

Tetapi jika anda ingin juga bergerak, mungkin bagi mereka yang sudah lama berada di kampung dan ingin pulang ke kediaman untuk bekerja semula selepas beberapa sektor dibenarkan beroperasi. Kini anda perlu memohon kebenaran tersebut daripada pihak Polis hanya menerusi aplikasi telefon bimbit sahaja dan bukannya secara manual seperti sebelum ini.

Jika tiada aplikasi atau capaian internet, pemohon mesti membuat permohonan bertulis di balai polis berdekatan. alert-info

Cara Memohon Menggunakan Aplikasi Gerak Malaysia

aplikasi gerak malaysia pkp

Permohonan permit pergerakan ini hanyalah bagi mereka yang terkandas di kampung halaman sebaik sahaja PKP diumumkan. Yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja. Permohonan untuk tujuan tersebut boleh dibuat mulai 26 April hingga 29 April 2020.

26 April - Buat permohonan
29 April - Sahkan destinasi perjalanan
1 Mei - Semak status
1 - 3 Mei - Tempoh pergerakan

Terlebih dahulu anda perlu muat turun aplikasi Gerak Malaysia melalui pautan dibawah


Anda perlu masukkan no telefon terlebih dahulu bagi tujuan verifikasi kemudian daftar maklumat seperti yang dipinta :

Nama penuh
Nombor MyKad
Alamat
Nombor telefon peranti yang digunakan
Alamat emel

Kemudian baru pilih 'Interstate Travel' dan akan diberi sebuah QR Kod pada tarikh kemaskini kelak.

Yang paling penting, anda perlu 'memberi kebenaran' kepada aplikasi ini untuk mengakses lokasi GPS, bagi membolehkan sistem aplikasi ini mengesahkan lokasi semasa pemohon. Barulah permit pergerakan boleh diluluskan.

aplikasi gerak malaysia pkp

Bagi yang telah memohon, anda hendaklah mengemaskini permohonan pada tarikh dibenarkan berlepas, agar QR Kod dapat dijana secara automatik.

Jadual Pelepasan

1 Mei 2020 - Dari Perak, Johor dan Kelantan
2 Mei 2020 - Dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
3 Mei 2020 - Dari Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

Jadual perjalanan ini dan garis panduan lain akan diumumkan oleh pihak PDRM pada 29 April 2020. alert-info

Bagi Pengguna Lebuh Raya PLUS

  • Tiada kemudahan makanan di kawasan R&R
  • Surau ditutup
  • Tidak dibenarkan solat berjemaah di R&R, kawasan lapang, dalam bangunan, parkir atau tempat-tempat lain
  • Hanya tandas awam dibuka
  • Parkir dibuka untuk tujuan rehat, tetapi pengguna tidak boleh keluar kenderaan semasa berehat kecuali mahu ke tandas
  • Operasi stesen minya dari 6 pagi - 12 malam
  • Aktiviti berkumpulan dilaran dalam tempoh kebenaran pergerakan

Permohonan Permit Pergerakan Untuk Aktiviti Perlu

Selain daripada permohonan rentas negeri tersebut, terdapat tatacara untuk memproses beberapa permohonan permit lain yang telah disediakan dalam aplikasi ini bagi tujuan berikut :
  • Pembelian barangan keperluan dalam lingkungan 10 KM dari kediaman
  • Mendapatkan rawatan perubatan
  • Keadaan kecemasan contohnya kematian ahli keluarga terdekat
  • Aktiviti perlu, seperti membaiki kerosakan kenderaan atau membaikpulih kerosakan di dalam rumah

Tetapi buat masa ini, hanya permit pergerakan rentas negeri sahaja yang akan diproses. Dengan QR Kod yang dijana daripada aplikasi Geram Malaysia tersebut, anda hanya perlu menunjukkan kod tersebut ketika melalui sekatan-sekatan jalan raya untuk diimbas oleh pihak berkuasa.

Amaran daripada pihak Polis, jangan menyalahgunakan kemudahan permit pergerakan melalui aplikasi mudah ahli Gerak Malaysia ini.



Post a Comment

Previous Post Next Post