Anda Boleh Saksikan Persembahan Muzikal 'The Phantom Of Opera' Secara Percuma Di Youtube Sekarang

Berita baik untuk peminat persembahan muzikal pentas dimana, bermula hari ini (sabtu) anda boleh saksikan The Phantom of Opera secara percuma di Youtube.

'The Phantom Of Opera' Secara Percuma Di Youtube

Maklumat ini diberitahu sendiri oleh pengarahnya, Andres Lloyd Webber dimana anda boleh menonton persembahan muzikal The Phantom Of Opera itu menerusi laman Youtube, The Show Must Go On secara PERCUMA.

Tontonan ini hanya boleh dilihat di Youtube selama 48 jam sahaja bermula bermula 18 April 2020 pada jam 2 pagi bagi waktu malaysia. Jadi inilah masanya, waktu hujung minggu anda dan hari-hari anda selama duduk dirumah untuk menonton persembahan muzikal antara terhebat di dunia ini.

Disamping menonton, anda juga digalakkan untuk derma ke tabung NHS UK bagi tujuan pengumpulan dana COVID-19.

Tonton The Phantom Of Opera Secara Percuma

Persembahan The Phantom of Opera ini merupakan adaptasi daripada novel Le Fantôme de l’Opéra karya Gaston Leroux iaitu mengisahkan kejadian misteri dan menakutkan yang berlaku dalam Balai Opera Paris di mana seorang jejaka yang cacat dan hanya dikenali sebagai ‘Phantom’ (lembaga) yang menghantui Rumah Opera Paris.

Terpukau dengan bakat dan kecantikan bintang soprano muda, Chirstine Daaé (Megan Picerno) – Phantom (Jonathan Roxmouth) mengorak langkah untuk memikat, tanpa menyedari cinta Christine terhadap Raoul (Matt Leisy).

Obsesi Phantom itu menyebabkan pelbagai peristiwa dan adegan dramatik terjadi, di mana ego, cemburu dan nafsu oleh lembaga tersebut sehingga menyebabkan teater tersebut menjadi menarik walaupun ia adalah persembahan paling lama dalam sejarah Broadway yang bermula sejak 9 Januari 2009.

Terdahulu, The Phantom of The Opera juga pernah dipentaskan di Istana Budaya, Malaysia pada Jun 2019 yang lepas. Untuk menonton, anda boleh terus pergi ke pautan The Phantom of The Opera - FULL STAGE SHOW | The Shows Must Go On - Stay Home #WithMe




sumber : koolfm.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post