Permohonan Bantuan COVID-19 Sabah

Bagi mengurangkan beban rakyat Sabah khususnya, Kerajaan Negeri Sabah telah memperkenalkan Bantuan COVID-19 Sabah berikuti pandemik COVID-19 melanda negara.

Permohonan Bantuan COVID-19 Sabah

Bantuan ini merupakan kesinambungan daripada bantuan yang pernah diumumkan Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat Sabah sebelum ini. Bayaran one-off RM500 kepada golongan miskin di Sabah dan juga one-off RM300 ekapda golongan berpendapatan rendah B40. Kepada pesakit COVID-19 dan keluarga mereka juga diberi bantuan tunai RM500 bagi membantu ringankan bebanan sepanjang di hospital.

Dalam pada itu juga, bermula 15 April 2020 yang lepas, Kerajaan Negeri telah mengaktifkan sistem baharu (bantuan.covid19.sabah.gov.my). bagi menggantikan sistem sedia ada bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.

"Semua rekod dan data permohonan yang dimohon menggunakan sistem lama sudah diintegrasikan ke dalam sistem terkini (laman web baharu)"

Permohonan Bantuan COVID-19 Sabah

Permohonan Bantuan COVID-19 Sabah

Untuk rakyat Sabah yang ingin memohon Bantuan COVID-19 Sabah, anda boleh memohon di pautan rasmi di bawah

Selain permohonan, anda juga boleh membuat semakan dengan menggunakan laman yang sama.

Antara mereka yang boleh membuat permohona seperti pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa. Selain itu petani atau pekebun-pekebun kecil, nelayan dan penternak. Porter dan Malim Gunung serta freelance tour guide, warga tua, anak yatim dan OKU juga boleh memohon.

Kepada rakyat Sabah yang berada di semanajung tetapi terkesan sepanjan tepoh PKP ini terutamanya golongan yang berpendapatan rendah juga boleh memohon.

Baca Juga

0/Post a Comment/Comments

Recommended