Apple Memperkenalkan Face Shield Kepada "Frontliner"

Apple telah memperkenalkan face shield atau topeng muka untuk digunakan kepada para petugas khususnya barisan hadapan (frontliner) bagi melawan COVID-19.

Ini Tak Tipu. Apple Memperkenalkan Face Shield Kepada "Frontliner"

Sebelum itu, CEO Apple Inc, Tim Cook telah memuat naik sebuah video berdurasi 2 minit lebih bagi memperkenalkan face shield ini kepada umum. Beliau memberitahu, topeng muka ini akan diedarkan kepada para petugas barisan hadapan di seluruh dunia.

Dalam video tersebut, beliau memberitahu, sehingga kini pihak Apple telah mengedarkan 20 juta mask ke seluruh dunia bagi petugas medikal. Selain itu, Apple memperkenalkan topeng muka untuk frontliner yang kini telah diedarkan di Hospital Kaiser di Santa Clara Valley.

Apple Memperkenalkan Face Shield Khas Untuk Frontliner

Dengan itu, Apple telah menyediakan pautan khas berkaitan produk face shield. Dalam pautan ini, ianya menunjukkan cara-cara menggunakan topeng muka ini dengan beberapa langkah. Dengan 6 langkah sahaja, anda mampu untuk memakai face shield ini. 

Ini Tak Tipu. Apple Memperkenalkan Face Shield Kepada "Frontliner"

Face shield yang diperkenalkan ini mengandungi forehand band, panel pelindung muka dan juga pengikat yang dibuat daripada getah. Komponen-komponen ini lah yang akan diterima oleh petugas-petugas barisan hadapan ketika bertugas

Ini Tak Tipu. Apple Memperkenalkan Face Shield Kepada "Frontliner"

Pihak Apple tidak memberitahu atau memberikan nama kepada produk tersebut. Mungkin iMask, iFaceShield atau apa-apa sahaja yang anda rasa sesuai. Kongsikan dibahagian komen. Jika ianya dijual pada umum, agaknya berapa harga? Anda nak beli ke?


sumber : Apple Support

Post a Comment

Previous Post Next Post